Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Monday, August 31, 2009

Salam KeMerdekaan


More MERDEKA graphics






negara kita sudah 52 tahun merdeka... tapi adakah diri kita telah merdeka ataupun terus dijajah?
merdekakanlah diri kita dari penjajahan untuk betul-betul merasai nikmat merdeka.


MERDEKA!!! merdeka!!!

lelaki kacak


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.

Dari :: www.layan4u.blogspot.com ::



dikesempatan yang mulia ini marilah kita mengamil peluang perbanyakkan bacaan AL-Quran. bertadarus berterusan . semoga lelaki kacak al quran akan membantu kita di akhirat kelak.

Friday, August 28, 2009

ramadhan yang dikasihi

Rasanya begitu cepat masa berlalu... hari ni dah 7 ramadhan. Seminggu dah kita berpuasa.. ada 3/4 lagi baki puasa. bagaimana pula dengan amalan dibulan ramadhan ini? rasa2nya tidak seperti yang diharapkan..sembahyang jemaah masjid ada dah yang tertinggal, al quran pun sikit baru yang dibaca, macam tak sempat nak khatam jo bulan puasa nie..
qiamullail pun tak buat lagi... ish..ish.. camna nie..
rasa semacam prestasi kurang memberansangkan...


ya Allah.... ya Tuhan ku..
berikanlah kekuatan kepada ku untuk memperbanyakkan amalanku dibulan puasa nie..
berikanlah kekuatan kepada ku untuk isriqamah dalam menjalankan ibadat kepada mu...
terima kasih yaa Allah kerana masih lagi memberikan peluang kepada ku untuk menikmati keistimewaan bulan yang penuh berkat ini..


More RAMADHAN graphics

cuti Sekolah..


esok dah hari Sabtu.. bermakna satu hari lagi sekolah nak buka...
rasanya kejap jo masa berlalu....
tak puas rasanya bercuti..
walaubagaimanapuntugas tetap tugas...
lagipun budak2 dah nak periksa dah...
buka nie terus periksa percubaan.. sepatutnya sebelum cuti tapi sebab babi kena selsema.. seluruh terengganu ditangguhkan... power juga babi nie kan..
cuti nie kitaorang tak kemana pun..
maklumlah bulan puasa kurang menarik jalan-jalan.
kitaorang just balik rumah mertua kat Kuala lumpur..
tak pergi mana2 pun kat kat.. malas nak ronda...
selsema babi banyak sangat....
hari rabu baru nie.. balik.. sebab esok nak perekso PTK..
tu pun wife saya jo boleh pereksa... saya?
kena blacklist 2 siri...
gara-gara tak pergi pereksa masa cuti bulan 5 ari tu..
tu laa buat masa cuti.. orang nak cuti pun susah.. apa salahnya buat masa sekolah.. hari sabtu kan banyak... kurang cerdik.
apa-apa pun moga2 yang ambil PTK tu boleh lulus dengan jayanya...

Tuesday, August 11, 2009

Ke mana Perginya 50 tahun umur Kita?





1 hari = 24 jam
Satu TAHUN ?
© 12 Bulan
© 52 Minggu
© 365 Hari
© 8760 Jam
© 525600 Minit
© 31536000 saat

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<> 70th
60th - 70th
(65th)
Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 =
50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan:
50 tahun=18250 hari= 458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam


Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!


Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam=46000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam = 19000 jam = 5 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam = 3000 jam = tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ...


17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun


Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = 10 minit ..... 5x solat = 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat =8250 hari x I jam 250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat

Sunday, August 9, 2009

Peringatan Untuk Wanita dan Pemimpin wanita


Islam adalah agama yang syumur. Islam begitu mengangkat martabat dan maruah wanita supaya di pandang tinggi di mata masyarakat. Ini adalah sebahagian ayat-ayat al quran dan hadis yang mesti di patuhi oleh wanita untuk menjadi wanita dan isteri solehah. Sesungguhnya lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita maka Ini juga hendaknya menjadi panduan para suami dan pemimpin keluarga yang bertanggungjawab memimpin keluarga supaya dijauhkan dari api neraka.
FIRMAN Allah bermaksud: “Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nur, ayat 31)



Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.
(Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)


Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya
. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)


Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.
(Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)


Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.
(Hadis riwayat at-Thabrani)


Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: “Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."
(Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.


Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).

Ahlan wasahlan Bulan Mulia



“Dari Ibn Umar, r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Islam itu dibina dan ditegakkan di atas lima dasar (lima rukun), iaitu mengucap dua kalimah syahadah (dengan menyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah". (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

sedar tak sedar sebelas hari lagi bulan Ramadhan Al Mubarak akan tiba.. ini bererti tak lama dah kita akan menunaikan ibadah puasa. Ibadatyang merupakan rukun yang ke tiga Islam.
Sebagai muslim yang sejati, kedatangan dan kehadiran Ramadhan yang mulia pada tahun ini merupakan sesuatu yang amat membahagiakan kita. Betapa tidak, dengan menunaikan ibadah Ramadhan, amat banyak keuntungan yang akan kita peroleh, baik dalam kehidupan di dunia maupun di akhirat kelak. terdapat banyak kelebihan dan rahmat yang diberikan dan ditawarkan oleh ALLAH kepada mereka yang rajin beribadah didalam bulan ini tetapi bagi yang malas beribadat, kedatangan bulan ramadhan ini tiada apa-apa baginya melainkan keseronokan berbuka, berbelanja di bazar ramadhan dan Shoping.


kepada mereka yang masih belum menggantikan puasa pada tahun lepas, masa masih ada 10 hari lagi untuk kamu semua selesaikan.. jangan tangguhkan ketahun hadapan kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil mengadap Allah. mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin lusa.. yang pasti bila ajal tiba tidak akan cepat ataupun lewat walaupun sesaat.
lagipun jika tahun ini kita masih tidak ganti lagi, pada tahun depan ia akan melibatkan bayaran fidyah dan akan berganda setiap tahun selagi kita tidak menganti puasa kita...

disini suasana dan semangat nak datang bulan ramadhan ini sudah dapat dirasakan walaupun masih sebulan lagi nak puasa.. dah ada dah contoh2 kuih2 raya yang diedarkan untuk tempahan. semangat betul.. lambat lagi nak raya.. puasa dah ganti ko cik kak.. ganti la puasa dahulu..
walaubagaimanapun kuih-kuih juga yang penting jangan kita abaikan kelebihan dan keberkatan bulan ramadhan nanti.


oleh Kerana rahsia puasa merupakan sesuatu yang amat penting
bagi kita, maka sudah sepantasnyalah kalau kita harus
menyambut kedatangan Ramadhan tahun ini dengan penuh rasa
gembira sehingga kegembiraan kita ini akan membuat kita
dapat melaksanakan ibadah Ramadhan nanti dengan ringan
meskipun sebenarnya ibadah Ramadhan itu berat.

Kegembiraan kita terhadap datangnya bulan Ramadhan harus
kita tunjukkan dengan berupaya semaksima mungkin
memanfaatkan Ramadhan tahun ini sebagai momentum untuk
mentarbiyyah (mendidik) diri, keluarga dan masyarakat
kearah pengukuhan atau pemantapan taqwa kepada Allah Swt,
sesuatu yang memang amat kita perlukan bagi meraih
keberkatan dari Allah Swt
dan kita jangan lupa sentiasa berdoa agar diberikan umur yang panjang untuk sama-sama dapat merasai bulan ramadhan lagi 11 hari lagi.. semoga diberikan kekuatan untuk melaKUKAn ibadat sebaik mungkin.. insyallah.

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi