Tarikh : 6 februari 2010
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan D'Mas Perdana
Perasmian oleh : YB Dato Hj Din b Adam
macam yang tercatat diatas.... SMKDM mendahului sekolah lain buat mesyuarat agung... buat pada hari sabtu pulak... habis plan nak g jalan.
mesyuarat kali nie macam biasa kali 6,saya kena buat backrop. alaaa yang pakai pancar ngan LCD. tak susah mana pun.. sambutan alhamdulilah agak menggalakkan sebab sekolah sediakan cenderamata kepada ibubapa yang hadir. dan sekolah juga sediakan banyak hamper untuk cabutan bertuah.
perjalanan mesyuarat alhamdulillah...
tapi ada laa juga ibubapa yang datang ke mesyuarat semata-mata nak hentam sekolah dan guru. diaorang buat tuduhan melulu ntah apa-apa ntah. dengar cakap budak-budak jo... sebelah pihak walaupun tak kena atas batang hidung.. tapi sakit hati jugak dengar.... ikut sedap dio jo..
nak jadi hero laa konon. kan lebih baik datang dulu ke sekolah mintak penjelasan...
Ini ambil kesempatan masa ucapan penangguhan... masa orang tokleh nak jawab... komang spana betul..
tak gentlemen..... takut gak tu... kitaorang saman baru tau....
walaubagaimana pun pada hari itu dalam banyak-banyak cabutan... saya tak dapat cabutan bertuah... hahahhaha... tak bertuah betul. .. takpolaah .. janji habis mesyuarat tu kitaorang makan nasi minyak... alhamdulillah..
nanti saya masukkan gambar lain kali.. byee