Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Saturday, March 13, 2010

Result SPM 2009


Pada 10 mac baru nie… keluarlah result spm yang di tunggu-tunggu.. 
ada yang berdebar, ketar lutut-lutut and ada yang selamba jer..
saya dulu releks jo.. nalin sikit-sikit.. maklumlah maintain jo..
walaubagaimanapun result yang kita dapat, itulah usaha awak selamat 17 tahun ini. tu pun kalau berusaha..
kalau comel alhamdulillah..
dan kalau tak molek..nak buat guana, menyesal pun dah tak guna,
tak guna seseng pung!!!

tapi jangan sedih, itu bukan penghujung..
teruskan usaha… sekali gagal tak semestinya akan gagal selama-lamanya..

Kimia? camna?
agak menyedihkan ada jugak yang gagal kimia.. 
5 orang  pulok tu..so result tak leh seratus peratus.. 
highest pun cuma B+ jo...  2 orang nak buat guana ,
tu laaa derhaka ko cikgu sangat .. hahahahhaha
buat jamuan pun tak jemput... hahahhahahah

saya selalu berpesan kepada anak2 buah saya..
SPM nie bukan penghujung kepada usaha untuk berjaya tetapi merupakan jalan penting untuk berjaya.. orang kata base ataupun step yang pertama untuk teruskan perjuangan ke menara gading..
“memang benarlaa sekali gagal tak bererti akan gagal selamanya tetapi untuk bangun dari kegagalan amat susah dan memerlukan satu usaha yang kuat  dan semangat yang jitu.
“( tapi saya dulu pun selalu gak guna ayat nie.. alhamdulillah berjaya gak)
kebanyakkanya sekali gagal akan terus gagal dan gagal dan gagal
dari pengalaman cekgu, kalau kita gagal SPM nie dan
 kita tidak boleh bangun untuk teruskan perjuangan.. 
kita akan terus mendapat kesedihan demi kesedihan.. dan akan berpanjangan sehingga……………….

yang pertama.. semasa mengambil result..
 mereka yang berjaya muka senyum lebar dan gembira.. tapi mereka yang gagal.. buat muko sepuluh sen.. ore nak tengok result pun tak bagi.. susut result dio.. sedihkan??
yang kedua - apabila mendapat panggilan Universiti..
semua yang berjaya akan gembira . rakan -rakan yang berjaya berkumpul bertanyakan universiti mana yang dapat.. Kita? sedih pulak tunggu panggilan kedua tak pung politeknik.. tu pun kalu dapat.. kalau lambat dapat surat pun dah sedih doh..
yang ketiga- apabila rakan ke Universiti
rakan nie pergi ke USM, yang Lain ke UPM , orang nie Ke UTM
kita akan rasa bertapa sedih dan bodohnya kita.. lebih lebih lagi orang kampung tanye bila nak ke unibersitiiii… sedih pulak.
yang keempat..  semasa cuti semester
kawan-kawan universiti balik kampung dan mengadakan perjumpaan
masing-masing berceritakan tentang keadaan /pengalaman universiti masing-masing..
kita ternganga.. kadang-kadang nak pergi join pun malu/rasa rendah diri.. lama kelamaan menyendiri tanpa kawan baik.. sedihkang??
yang kelima - Kerja
apabila masuk alam pekerjaan- rakan-rakan lama semuanya kerja ok dan besar,
doktor, peguam, guru, engineer dan macam-macam lagi.. kita?
kerja kilang!! kadang-kadang selisih ataupun jumpa pun rasa cam nak lari jer..
malu..
keenam… bila jumpa
kadang kadang jumpa dengan rakan ditengah jalan, diorang naik kereta besar….
waja, wira, honda, bmw  - kita? kapcai buruk tak pun kereta kancil.  alahai..
dan banyak lagi lah yang kita akan terasa akibat dari kegagalan.. ada juga yang sambung form six dan boleh ke universiti.. tapi kalau boleh masuk awal ke universiti baiki g awal.. jadi semasa form 5 nie usaha bersungguh..

yang ke-7 kahwin...
biasanya orang yang ada  ijazah akan memilih  orang yang ijazah gak..
kita yang kerja kampung?? carilaaa ore kampung gak..  itu laa adat kehidupan sekarang. so yang senang semakin senang.. yang susah... maintain susah..




usaha setahun semasa form 5 untuk kesenangan dimasa hadapan..
dan yang penting rakan -rakan yang boleh ke universiti tu jangan pula sombong.. jangan la lupa dengan kawan lama..
ramai jugak kawan cikgu yang masuk ke U tetapi kena reject sebabh gagal dan masalah.. so kita cuma boleh merancang dan berusaha tetapi hanya ALLAH yang boleh tentukan kejayaan kita…

walaubagaimanapun yang paling Penting  adalah akhlak dan Iman..
kalau pandai setara mana pun kalu perangai hudoh, tok hormat ibubapa, kurang ajar ngan guru.. tokleh gi mana pun....
 wallah hualam.
gambar??  rugi gambar yang cg ambil banyak2 baru nie habis hilang.. komputer cikgu kena format.. ade 2,3 keping nie jo hok tinggal





Monday, March 8, 2010

Ceramah Maulidur Rasul




tarikh :  3 Mac 2010
masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan D'mas Perdana.

selesai belarok... program diteruskan dengan ceramah.
best ceramah.. pelajar2 mendengarnya dengan kusyuk.
lepas ceramah ada cabutan bertuah dan kuiz..
berebut2 pelajar nak menjawab kuiz..
bagus...bagus.. bagus..
rugi sapo tak turun dengar ceramah.....















Perarakan maulidur rasul

Tarikh : 3 mac 2010
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Sekitar AMBS ( 4 kilometer)

malas nak menulis laaa.. masuk gambart jo laaa deh..

























Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi