Piala dunia telah melabuhkan tirainya semalam menyaksikan Spain menang bergaya menewaskan Belanda 1-0. sekarang nie masing-masing orang mengulas aksi perlawanan dan kehebatan pasukan Spain. bermacam macam cerita yang kita boleh dengar. apa yang nak di fokoskan kat sini adalah kemenangan pasukan Spain adalah tepat seperti apa yang diramalkan oleh si Paul, si sotong kurita. Setakat ini pada Piala Dunia 2010, Paul meramalkan dengan betul pemenang kelima-lima perlawanan Jerman. ketepatan ramalannya sebelum ini menyebabkan ramai yang memuja sotong tersebut.. sana sini semua bercerita tentang paul..
apa yang membimbangkan ialah perbuatan yang mempercayai tilikan sotong itu boleh menjadikan kita syirik kepada ALLAH. masyallah.. seperti yang semua tahu syirik merupakan dosa besar yang tidak akan diampun kan oleh ALLAH..


"Kami tak percaya mana pun , cuma main-main la... untuk suka-suka jer !".
Adakah elok/molek/comel kita
bermain-main dalam hal perbuatan yang berkaitan dengan dosa PALING BESAR di muka bumi ini?...
ingat!! !!! jika terdetik di hati anda tetang kebenaran ramalan tersebut, anda telah berdosa dan amal ibadat anda tidak akan diterima Allah selama 40 hari. Itu baru sekali percaya, kalau anda memang yakin pada ramalan tersebut, maka anda telah secara rasminya terjebak di dalam perbuatan syirik !
berhati-hatilah wahai orang islam.
ini adalah antara peringatan ALLAH tentang meramal nasib..

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, arak, judi, pemujaan berhala dan menenung nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor, keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya, moga-moga kamu berjaya.” (Surah al-Ma’idah ayat 90)
marilah kita pakat2 istigfar dan minta ampun dari ALLAH sebanyak2nya semoga kita diampun jika kita juga ada terlibat dalam perbuatan ini... sesungguhnya jika kita mati dalam keadaan syirik.. neraka ALLAHlah tempat kita diakhirat kelak... dan kita akan kekal didalamnya..