Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Saturday, January 16, 2010

gerhana matahari


Pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 ,  pada hari nie laaa sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat. 
Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut.. 


Menurut astronomi, gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari, ia menutup cahaya matahari sama ada separa atau sepenuhnya.

Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana anulus. 







Gerhana penuh berlaku apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana anulus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.


hari ini cuaca di AMBS   kadang2 panas yang terik dan kadang2 mendung....
masjid AMBS pada hari ini juga menganjurkan solat gerhana matahari...
Jemaah  yang datang pun tak ramai sangat...
bukan sokmo dapat solat sunat gerhana nie.. seumur hidup pun sekali dua je.
ntah-ntah ramai yang tak tau dan lupa camna nak sembahyang sunat gerhana..


solat sunat gernhana nie ada beza sikit ngan solat sunat biasa..
biasanya kita buat 2 rakaat dan 4 kali rukuk...


Rasanya cam nak  tengok jugak gerhana matahari  tetapi tiada alat yang boleh menapis cahaya matahari... jadi tak beranilaa jugak... bahaya!!! kan tak pasal2 rosak mata.. ini  kerana pada masa ini  matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta. 




sebagai umat islam... kita dianjurkan solat sunat gerhana...ini kerana Hukum khutbah dan solat gerhana adalah sunat muakad. Adalah sebaik-baiknya bersama-sama solat gerhana matahari berjemaah di surau atau masjid kerana dapat mendengar khutbah yang  dibacakan oleh khatib. 


gerhana ini menunjukkan kuasa ALLAH SWT yang boleh bagi pengajaran kepada kita agar sentiasa ingat kepada ALLAH. 
sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya bertakbirlah, berdoalah kepada Allah, bersolatlah dan bersedekahlah. Wahai umat Muhammad, tidak ada yang lebih cemburu (marah) mengatasi kemarahan Allah atas perbuatan zina di kalangan hamba-Nya sama ada lelaki atau perempuan. Wahai Umat Muhammad, demi Allah, jika kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis”. (Hadith riwayat Muslim)



walaubagaimana pun gerhana ini adalah fenomena yang dijadikan oleh ALLAH yang begitu menakjubkan . semoga kita mengambil pengajaran daripadanya.

Tuesday, January 5, 2010

salam Tahun baru



assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh....................

rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapkan salam maal hijrah dan selamat tahun baru untuk semua pengunjung blog ini....
semoga kita diberikan kekuatan untuk mengharungi dugaan dan cabaran untuk tahun ini....
semoga tahun ini kita upgradekan diri kita menjadi lebih baik berbanding tahun lepas dalam segala segi...
yang paling penting amal ibadat kita kepada Pencipta kita ALLAH S.W.T

Kata Pepatah Arab, 
“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, 
rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan 
celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam”




rasanya lama dah saya tak kemaskini blog nie...
banyak perkara yang berlaku tapi sibuk sikit...
lagipun kat kampung broadband tok rok starang...
nak buka pun malas..


pada tahun ini.. saya masih lagi mengajar sesi pagi..
mengajar kimia form 5 dan sains form 3.
jawatan lain tak berubah pun... lebih kurang saja..


apa-apa pun tugas tetap tugas..
tugas mendidik ini merupakan satu amanah untuk saya..
semoga diberikan kekuatan untuk menggalas tugasan ini..






saya teringat dengan kata-kata ustaz azhar..


sebenarnya 
dapat pergi berjemaah  ke masjid dan  surau..
menjadi pejuang agama ALLAH
suka membuat kebaikan
baca AL Quran sentiasa...
dan kita dapat buat baik ini bukan sebab kita baik...




tetapi dengan sifat rahmat ALLAH kita dipilih oleh Allah SWT ...
kalau tanpa rahmat ALLAH... kita nak baca bismillah pun tak boleh.


ada orang yang sepanjang hidup berbuat jahat tetapi akhirnya mati menjadi hamba ALLAH...
ada juga yang menghambakan diri kepada ALLAH sekian lama akhirnya mati dalam kufur...
so kita jangan dok bangga sangat jika hari nie kita baik..


yang penting berdoalah setiasa agar kita dipilih oleh ALLAH untuk menjadi hambanya yang bertakwa..
semoga saya di berikan kekuatan olehmu ya ALLAH untuk menjadi hambamu yang bertakwa...

Thursday, November 12, 2009

keputusan Pertukaran Guru

dalam minggu nie.. cikgu2 sedang sibuk pasal pertukaran guru..
ada yang tersenyum meleret dan ada jugak hok buat sedih...
begitu laaa
yang berjaya alhamdulillah...
yang tidak berjaya... cuba lagi..
usaha tangga kejayaan..

pada tahun nie saya cuba juga mintak buat kali pertama...
test market!! kot kot dapat..
kalau dapat .. alhamdulillah.. kalau tak dapat pun alhamdulillah...
bukan rajin sangat nak berpindah randah nie...
tak mengharap sangat...

biasanya kalau saya mengharap sangat.. saya guna kabel yang besar...
kabel yang tertinggi...
ALLAH SWT...
berdoa jo selalu dan buat sembahyang hajat direct 7 hari...

so saya chek la jugak kelmarin..



maka begitu laaaaa ceritanya...
di sekolah saya... 25 orang yang minta tukar..ramau gak tu!!
dengar2 yang dapat cuma 3 orang... haaaa...haaaa...haaaaa
apa apa pun....
kita hanya berusaha..

tahniah kepada yang dapat..
yang senasib... usaha lagi..

usaha tangga kejayaan.. jangan sedih.. tak molek sangat... hodoh sangat.. haaaa...haaaaa..haaaaa
jangan maraaaahhhh nanti kena jual...

Sunday, November 8, 2009

jamuan Akhir Tahun.

pada 4 november 2009 baru nie.. smkdm telah mengadakan jamuan akhir tahun bertempat di Rumbia Resort paka. Tempat tu jo yang free setelah berusaha mencari tempat untuk Jamuan. kira ok laa jugak..
majlis bermula pada pukul 8.30 malam.
tiada program apo-apo pun sekadar makan-makan dan releks.. bersama2 famili.

kami bertolak selepas maghrib... lewat sikit sebab wife saya kerja sesi petang..
perjalanan jauh gak laa.. lebihkurang 40 minit.
jalan pulak begitu kurang menarik..
dalam proses naik taraf untuk highway..
dan alhamdulillah kami selamat pulang semula jam 10.40 malam..
dengan membawa pulang 2 hamper cabutan bertuah...
bertuah punya budak!!!


Wednesday, November 4, 2009

habis dah cuti ...

alhamdulillah... semalam kami sekeluarga selamat sampai kembali di Durian Mas setelah balik Kota Bharu 5 hari.. letih tu letih laaa juga.. tapi yang penting selamat sampai.

orang kata, kalau suami pergi kursus 2,3 hari.. takde la masalah sangat..
 insyallah Isteri akan dapat menjaga dengan baik..
tapi yang menjadi masalahnya.. bila isteri kena berkursus selama 4 hari! apo cerita ? kalut dok? lebih-lebih pula anak kita tu masih kecil lagi dan menyusu badan!!

pada hari sabtu baru nie.. my wife kena kursus bimbingan dan kaunseling selama 4 hari 3 malam di hotel renaisance kota bharu.. alahai lama tu...

so tak kan laa saya nak jadi baby sitter? susah gak tu..
nak jaga abang lagi.. nak handdle adik lagi..

so check baki cuti ada la 3 hari lagi...
so...... ambil jo cuti 3 hari balik kampung..
lagipun cuti sekolah tak lama dah..
cadang tu nak menginap di hotel.. tapi mahal pulak bilik. RM 250 satu malam.. hotel 5 star laaa konon..
dekat seibu tu...

so berulang laa dari rumah kat kampung tak jauh mana.. tapi kena menghatar ulang alik laaa..
ok laa tu..


nasib baik laa duduk kat rumah.. boleh laa ma dan ayah.. sama2 tolong jaga.
fuhhhhh... lega rasanya..
ayah.. ambil mohammad Amin manakala Ma dok jaga Muhammad Iman. dapat satu Sseorang..
ttrima kasih banyak-banyak.... ma dan Ayah..

Wednesday, October 28, 2009

Aktiviti Kelab Guru

Pada 4 hb nie KGKT SMK Durian Mas Akan mengadakan Dinner di Paka. Mengikut rancangan tu nak laa pergi jauh sikit  tetapi apakan daya... semua tempat yang dicadangkan telah ditempah oleh orang dahulu...
so tahun nie pun, kitaorang buat la di PAKA di tak ingat laa pulak nama apo..


so sebagai AJK tahun nie saya di tugaskan untuk slot tayangan aktiviti kelab guru sepanjang 2009..
 saya nak try buat guna slide view.. malas nak guna movie maker..
 hari nie dok try buat nie.. tak tau ok ko dok!  try dulu yeee..


Tuesday, October 20, 2009

ROMANTIKNYA RASULULLAH

Romantiknya Rasulullah

Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita serta tauladan yang dapat diambil marilah kita bersama-sama talaudani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW bersama isterinya.

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi".
Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum
puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:
"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui
celah-celah jari mereka".
Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah.
Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak
salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu
juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan
segala dosa-dosa.

Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda kesyurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..." aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin 

Mulianya Nabi Kita

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Kalau orang kita : Nak tampal sendiri- jangan harap.Suruh bini jahitkan dan kalau bini pun tak pandai jahit - hantar kedai, silap-silap simpan jer dalam almari untuk dibuang.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Kalau orang kita: Membebel sambil buka astro atau baca surat khabar menunggu bini masak.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

Kalau orang kita : Balik masjid lepak-lepak dulu di warung kopi sambil cerita politik.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

Kalau orang kita : Start motor/kereta terus minum kat kedai pekena roti canai.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?
'

Kalau orang kita: Degil eh? Nah amik kau dish dish..


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Kalau orang kita : Semakin ada pangkat mula nak cari perempuan lain, bini kat rumah dah mula nak lupa.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.

Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

Kalau orang kita : Lagi tinggi pangkat lagi power, cakap jer nak makan apa.

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

Kalau orang kita : Sure geli dan tak lalu makan.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kalau orang kita: Pijak kepala lembu

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

Kalau orang kita : Lagi berkuasa makin lupa Allah. Kalau dulu tak pandai pergi disko kini dah pandai, kalau dulu tak pandai main golf sekarang sarapan pun kat tepi padang golf.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

Kalau orang kita: Konon dia seorang yang alim . Syurga belum confirm tetapi pandai menggelar orang lain sesat dan ahli neraka.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Kalau orang kita : Lupa diri adalah hamba.

Tingginya darjat Rasullullah SAW, kisah ini sebagai renungan sahaja memang tidak boleh dibandingkan kita ni umat Baginda berbanding dengan Rasulullah SAW sendiri tapi cuba sama-sama muhasabah diri kita.

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.

Saat baginda Rasulullah Wafat

tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 


Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu
hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.


Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.
Perlahan ruh Rasulullah ditarik.



 Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. 



Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. 



"Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

PS:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.

MUHAMMAD MANUSIA AGUNG

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit. - Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca Warna
lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...untuk mengingatkan kita.. T

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi