
Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com
Saturday, March 13, 2010
Result SPM 2009

Monday, March 8, 2010
Ceramah Maulidur Rasul
tarikh : 3 Mac 2010
masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan D'mas Perdana.
selesai belarok... program diteruskan dengan ceramah.
best ceramah.. pelajar2 mendengarnya dengan kusyuk.
lepas ceramah ada cabutan bertuah dan kuiz..
berebut2 pelajar nak menjawab kuiz..
bagus...bagus.. bagus..
rugi sapo tak turun dengar ceramah.....
Perarakan maulidur rasul
Thursday, February 25, 2010
Ceramah dan Qasidah Maulidur Rasul 1431 Hijrah
Masa : 10.30 pagi - 1.10 tgh Hari
Tempat : Dewan D,Mas Perdana

sempena Maulidur Rasul.. hari ini smkdm telah mengadakan Program Ceramah Dan Qasidah Maulidur Rasul.
Ceramah ini di sampaikan oleh Ustaz Yusof dari Ikatan Pendidikan Tasawuf. paka. dengan alunan Qasidah oleh kanak-kanak comel dengan suara yang begitu merdu. Begitu comel kanak-kanak ini dengan beserban dan berjubah.
alhamdulillah sambutan dari pelajar juga menggalakkan...
setia mendengar sehingga akhir... tak bergelewat macam skalo2.
terpegun dengan alunan budok2 nie kot..
tahniah kepada penganjur..
salam maulidur rasul
i love rasulullah...
Result STPM sudah Keluar..
hari nie kelaur result stpm yang di tunggu-tunggu..
pelajar dan juga cikgu2. bagi pelajar.. ini adalah peluang terakhir persekolahan..kalu tak berjaya..
leh kahwin ... hahaha
alhamdulillah... result tahun ini dengar2nya lebih baik dari tahun lepas..
tapi takdok juga yang dapat straigh A.. target2 hari tu dapat laa 2 orang.
walaubagaimanapun bersyukur lah dengan apo yang ada.. teriak kuat setara mano pun begitu laaa resultnya..
tahniah kepada wan nor shafika bt Wan Marzuki kerana menjadi best student STPM SMK Durian Mas 2009.
yang tidak berjaya... jangan menangis.. usaha lagi. peluang masih ada.
di mana ada kesungguhan Di situ ada Jalan. Perjuangan belum selesai.
Wednesday, February 24, 2010
Wartikah Pelantikan Pengawas 2010
Masa : 12.00 tgh Hari
Tempat : Dewan D'mas Perdana SMK Durian Mas
Penyampaian wartikah : Ketua Balai Polis AMBS
Hari ini adalah penyempunaan watikah pelantikan pengawa..
watikah ini disampaikan oleh sarjan Mejar En Nazali mewakili ketua polis Daerah Dungun yang tidak dapat hadir. diharapkan dengan wartikah ini.. semua pengawas akan dapat menjalankan tugas dengan lebih bersemangat dan berdisiplin. tahniah kepada semua pengawas yang dilantik..
Monday, February 8, 2010
Mesyuarat Agung PIBG 2010
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan D'Mas Perdana
Perasmian oleh : YB Dato Hj Din b Adam
macam yang tercatat diatas.... SMKDM mendahului sekolah lain buat mesyuarat agung... buat pada hari sabtu pulak... habis plan nak g jalan.
mesyuarat kali nie macam biasa kali 6,saya kena buat backrop. alaaa yang pakai pancar ngan LCD. tak susah mana pun.. sambutan alhamdulilah agak menggalakkan sebab sekolah sediakan cenderamata kepada ibubapa yang hadir. dan sekolah juga sediakan banyak hamper untuk cabutan bertuah.
perjalanan mesyuarat alhamdulillah...
tapi ada laa juga ibubapa yang datang ke mesyuarat semata-mata nak hentam sekolah dan guru. diaorang buat tuduhan melulu ntah apa-apa ntah. dengar cakap budak-budak jo... sebelah pihak walaupun tak kena atas batang hidung.. tapi sakit hati jugak dengar.... ikut sedap dio jo..
nak jadi hero laa konon. kan lebih baik datang dulu ke sekolah mintak penjelasan...
Ini ambil kesempatan masa ucapan penangguhan... masa orang tokleh nak jawab... komang spana betul..
tak gentlemen..... takut gak tu... kitaorang saman baru tau....
walaubagaimana pun pada hari itu dalam banyak-banyak cabutan... saya tak dapat cabutan bertuah... hahahhaha... tak bertuah betul. .. takpolaah .. janji habis mesyuarat tu kitaorang makan nasi minyak... alhamdulillah..
nanti saya masukkan gambar lain kali.. byee
Monday, February 1, 2010
Rentas Desa 2010
Hari : Isnin
Masa : 8.30-1.10 tghari
Tempat : Sekitar AMBS
- smkdurian mas mengadakan kejohanan merentas desa peringkat SMKDM..
alhamdulillah cuaca hari tu mendung.. walaupun nampak cam nak hujan sikit-sikit..
pelajar-pelajar berlepas dengan semangatnya pd jam 8.30 pagi dan di lepaskan oleh pengetua sendiri dan YDP PIBG en nasir Haron. bermula didepan rumah pok ayub.
Tahun ini untuk ketiga kalinya... Rumah biru dengan Motonya.." GEGAR LAGI" mengungguli kejohanan
dengan meninggalkan Rumah lain 3 tiang telefon.. haaa...haa.. dengan 204 mata.
cikgu pun rumah biru jugak!!!!
tempat kedua dikongsi oleh rumah jati dengan peroleh 97 mata.
dan Tempat ketiga(boleh gangsa tu) rumah Meranti.
BELIAN!!!!! gEGAR lAGI!!!!!!
terima kasih juga kepada Pihak polis AMBS kerana membantu kitaorang dengan jayanya.
malas dah saya nak tulis.. tengok gambar la pulok!!
alamak.. tak jumpa cari gambar pulak.. lain kali ek!
Hadis 40 Imam Nawawi
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas
Hadis Keempat
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "





