Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Wednesday, August 11, 2010

ahlan wasahlan ya Ramadhan


Menanti kehadiran Ramadhan 2010

Alhamdulillah jika kita dipanjangkan umur, kita akan menemui Ramadhan lagi iaitu pada hari Rabu ini 11 Ogos 2010. Sempena Ramadhan yang akan menjelang ini, admin isuhangat ingin meminta maaf zahir dan batin jika ada entri-entri di blog ini yang pernah menyentuh perasaan anda. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua
Marilah kita sama-sama berazam untuk meningkatkan amalan kita pada bulan Ramadhan tahun semoga semakin bertambah baik dari Ramadhan kita pada tahun-tahun lepas. Mungkin ini adalah Ramadhan terakhir kita..
Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (solat Tarawih, tadarus Al Quran dll)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu 5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8 ) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan : – Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. – juga doa pada sepertiga malam.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan (Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Perasaan tidak sabar untuk menanti Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu 12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV dan melayari internet yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri di siang hari
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat awal waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah
47) Solat Witir
“Sebarkanlah artikel ini semoga Kita sama mendapat manfaat daripadanya”.
Wallahualam. Posted @ www.isuhangat.net

Monday, August 9, 2010

Mengintai penyu bertelor di Pantai awang's beach Resort

Alhamdulillah semasa di Kem Perasa ari tu.. abah sempat menyaksikan Penyu belimbing naik untuk bertelor..
menurut orang2 kampung disitu.. lama dah penyu belimbing tidak naik di rantau abang.. hampir 20 tahun..
dah jadi rezeki abah sebab orang rantau abang sendiri pun ada lagi yang belum melihat penyu bertelor.. dapat lihat secara live lagi..

penyu di kandang oleh perikanan selepas selesai bertelor

ramai.. orang semapt ambil gambar jauh2 jo






ada laa lebih kurang 76 biji telor pada malam itu

Sunday, August 8, 2010

Kem Permata hati

tarikh : 27- 29  Julai 2010
Tempat : SMK Durian Mas

alhamdulillah 44 0rang pelajar tingkatan 1 dan dua telah terpilih untuk menyertai kem ini yang berlangsung di SMKDM selama 3 hari Duan malam. program ini di handle oleh consultant yang di jemput khas dari Kuala Terengganu dan diketuai oleh Ustaz Zul.







terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan program ini dan guru2 yang terlibat dalam menjayakan kem ini...

Tuesday, August 3, 2010

ramadhan.... aku menunggu mu!!!

beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan yang penuh keberkatan..
isyallah pada  11 ogos 2010 ini. pertamanya marilah kita pakat berdoa kepada ALLAH SWT agar di panjangkan usia kita agar kita dapat merasai hidup dalam bulan yang pnuh berkat ini.
yang belum ganti puasa tu.... cepatlah slesaikanyan sementara masa masih ada beberapa hari lagi.


dikesempatan ini juga bolehlah kita pakat-pakat imarahkan surau untuk persediaan untuk beribadat di bulan ramadhan nanti..


ya allah yang tuhan ku...
aku bermohon kpd mu agar pANJNgkn umur ku.
beriklah kesihatan yang baik kepadaku dan seluruh ahli keluarga ku..
agar dapat kami beribadat kepadamu di bulan yng penuh keberkatan nanti .
Amin..

guru boleh berpolitik..?

sekarang nie dengan tib-tiba je guru-guru dibenarkan berpolitik...
tak tahu sebab apa, tetapi ini memberikan banyak pro dan kontra..
dengan tugas yang begitu membebankan dan mencabar seorang guru sekarang ini.. adakah ini akan memberikan kebaikan jika guru2 menyibukkan diri untuk berpolitik..??
adakah ada agenda lain disebalik keputusan ini..
berpolitik pun berpolitik lah.. tapi jange sampai lupa diri dah laaa
masing -masing  boleh memberikan pendapat sendiri...
yang penting buka minda... terokailah hati.

Monday, July 12, 2010

Awas dengan Ramalan Paul si sotong!!


Piala dunia telah melabuhkan tirainya semalam menyaksikan Spain menang bergaya menewaskan Belanda 1-0. sekarang nie masing-masing orang mengulas aksi perlawanan dan kehebatan pasukan Spain.  bermacam macam cerita yang kita boleh dengar. apa yang nak di fokoskan kat sini adalah kemenangan pasukan Spain adalah tepat seperti apa yang diramalkan oleh si Paul, si sotong kurita. Setakat ini pada Piala Dunia 2010, Paul meramalkan dengan betul pemenang kelima-lima perlawanan Jerman. ketepatan ramalannya sebelum ini menyebabkan ramai yang memuja sotong tersebut.. sana sini semua  bercerita tentang paul..


apa yang membimbangkan  ialah perbuatan yang mempercayai tilikan sotong itu boleh menjadikan kita syirik kepada ALLAH. masyallah.. seperti yang semua tahu syirik merupakan dosa besar yang tidak akan diampun kan oleh ALLAH..


Mungkin ada juga yang menafikannya  dan berkata,
 "Kami tak percaya mana pun , cuma main-main la... untuk suka-suka jer !". 


Adakah elok/molek/comel  kita
bermain-main  dalam hal perbuatan yang berkaitan dengan dosa PALING BESAR di muka bumi ini?... 


ingat!! !!! jika terdetik di hati anda tetang kebenaran ramalan tersebut, anda telah berdosa dan amal ibadat anda tidak akan diterima Allah selama 40 hari. Itu baru sekali percaya, kalau anda memang yakin pada ramalan tersebut, maka anda telah secara rasminya terjebak di dalam perbuatan syirik !
berhati-hatilah wahai orang islam.


ini adalah antara peringatan ALLAH tentang meramal nasib..



Firman Allah S.W.T di dalam ayat 65, Surah An-Naml:http://quran.com/images/ayat/27_65.png

Maksudnya: “Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).”

Disebut juga di dalam hadith Riwayat Imam Muslim,
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ اَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً
Ertinya:“Barangsiapa yang mendatangi tukang tenung, lalu dia menanyakan tentang sesuatu, tidak diterima Allah solatnya selama 40 malam.”




Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, arak, judi, pemujaan berhala dan menenung nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor, keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya, moga-moga kamu berjaya.” (Surah al-Ma’idah ayat 90)




marilah kita pakat2 istigfar dan minta ampun dari ALLAH sebanyak2nya semoga kita diampun jika kita juga ada terlibat dalam perbuatan ini... sesungguhnya jika kita mati dalam keadaan syirik.. neraka ALLAHlah tempat kita diakhirat kelak... dan kita akan kekal didalamnya..



Tuesday, June 29, 2010

Israel dan Bola Sepak

Sekarang nie musim piala dunia.. semua orang bercerita tentang piala dunia. tak kira budak, pelajar , dewasa, tok Imam, Bilal semua boleh dikatakan minat bola. di kesempatan semua umat islam sibuk dengan piala dunia
nie israel laknat telah mengambil kesempatan untuk menghancurkan umat islam di Palestine..
Sedarkah kita?



Sunday, June 27, 2010

Gerhana Bulan separa..





pada 26 jun baru nie.. kita sekali lagi dapat menyaksikan gerhana bulan separa. fenomena yang jarang2 berlaku nie menunjukkan kekuasaan ALLAH yang maha hebat kalau kita berfikir..


ramai yang sekadar melihat dan kagum begitu sahaja tanpa mengaetahuai apa yang sepatutnya kita sebagai umat islam lakukan.. malahan ada yang tidak tahupun gerhana bulan yang sedang berlaku..

kita sebagai umat islam disunatkan melakukan sembahyang sunat gerhana.

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.



disebabkan jarang2 berlaku, ramai yang lupa ataupun tidak tahu bagaimana hendak sembahyang sunat gerhana..
solat sunat gerhana nie ada sedikit perbezaan dengan solat sunat biasa.. ia ada 2 rukuk sebelum sujud.
tidak hairan lah baru nie ada yang tersalah sujud selepas rukuk kali pertama..  apa2 pun sekurang2 yang tersalah tu datang juga sembahyang gerhana..


di sini saya kongsikan cara untuk solat sunat gerhana. yang saya ambil dari blog ustaz azhar.




Cara Solat Sunat Gerhana
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! (Solat berjemaah )


أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى


Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :


Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I'tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir

Friday, June 25, 2010

Tahniah kepada Pelajar yang Berjaya!!

Pada minggu lepas ialah musim pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tawaran pergi ke universiti..
ada yang dapat matrikulasi, UITM, UIA, UDM, Politeknik.. tak kira lah kemana2 pun..
yang penting kita berjaya juga pergi ke menara gading..
yang tidak berjaya.. jangan putus asa...
teruskan usaha.. jangan berhenti separuh jalan.. banyak dah masa yang kita bazirkan. usaha lagi..usaha lagi.. usaha lagi...




saya percaya suasana itu merupakan satu pengalaman yang berharga buat pelajar2 dan keluarga walaupun kadang2 ianya memerlukan pengorbanan yang besar ibubapa. mereka terpaksa mencari wang, bergolak bergadai demi melihat anak2 dapat melanjutkan pengajian ke menara gading..
jadi anak2 pelajar yang berjaya.. hargailah segala pengorbanan mereka.. balaslah jasa mereka  dengan memberikan ijazah yang terbaik kepada mereka.
yang penting... jangan lupakan mereka setelah bekerja nanti..

cikgu ucapkan tahniah kepada semua yang berjaya...
sebenarnya perjalanan anda masih jauh.. jangan kecundang di tengah jalan..
jangan hancurkan harapan ayah bonda..
yang penting anak2 pelajar  :
  - jaga solat
  - jaga pergaulan
  - jaga aurat
 -  pilih kawan yang baik
 - janagn laro' dan belajar molek
 -  tunaikan amanah kita sebagai anak..


good luck!! selamat menjadi mahasiswa..!!!

Wednesday, May 12, 2010

dapat anak saudara baru..

pada hari Jumaat lepas.. abah mendapat anak saudara yang pertama.. anak pakdik dan makdik adik abah yang ketiga.. tahniah kepada mereka berdua kerana mendapat putera sulong..
sekarang nie tok ayah dan Tok Ma sudah ada 3 cucu lelaki....
gambar tak dapat lagi... tak sempat nak balik kampung lagi.. hari sabtu nie ada buat kenduri kesyukuran..
tapi kitaorang tak dapat balik lagi.. ish...ish..ish...
sabor je laaaa


                                                         adik muhammad Aslam....  wellcome!

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi