Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Monday, September 28, 2009

Rayaaaaaaaaaaaa


pada tahun ini kami sekeluarga beraya di kampung saya . di kampung Kebakat.... nak berulang balik ke KL rasanya  malas nak bawa kereta tambahan pula hari raya . alhamdulillah isteri abah tersayang tiada masalah. Kami cuma sempat balik ke kuala lumpur di awal puasa sahaja.. sempatlaa puasa 3 hari kat sana.. lagipun insyallah papa dan mama  dah nak balik kekampung dah pada tahun ini. menetap terus dikampung. tunggu rumah di taman restu baikpulih sahaja..



raya tahun ini pun tidak pergi mana-mana pun . just beraya kat sekitar  kampung jo..
aktiviti pulak cam biasa.
Nak keluar beraya atau nak masuk bandar.. jem teruk. kereta bersusun..tambahan cuti panjang nie ramai laa anak-anak kelantan di perantauan pulang ke kampung. lagipun anak2 kelantan nie.. kalau raya tak sah kalau tak balik kampung.. walaupun jauh diperantaun .. kampung tidak sesekali lupa.lebih2 lagi pasaraya sekarang ini banayk yang baru naik di kota bharu.. kalau nak raya .. nak shopping pun susah..
tu pun orang kata kelantan nie mundur lagi.. pembangunan begitu pesat.. bagi saya kalau nak bandingkan dengan kuala terengganu, kuantan dan alor star.. kelantan lagi maju.. tak tau laaa..
 cerita pasal beraya nie... kitaorang  beraya di rumah pun.. agak  letih melayan tetamu yang hadir.
tak putus-putus... tapi budak2 yang hadir tahun ini agak kurang sikit berbanding tahun lepas..


ini kami masukkan sedikit gambar kenangan dihari raya.. tak sempat nak ambil banyak.. bateri habis. lupas nak cas.. di kesempatan ini kami ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali kami jika ada kesilapan yang dilakukan samaada perbuatan, pertuturan, penulisan dan sebagainya sama ada sengaja ataupun tidak sengaja..


selamat hari raya..
jangan lupa puasa 6 pulak..



























Friday, September 11, 2009

AURAT DENGAN KELUARGA YANG BUKAN MAHRAM



AURAT DENGAN KELUARGA YANG BUKAN MAHRAM

Beberapa hari lagi akan berakhirnya bulan ramadhan yang berkat ini dan tidak tahu sama ada kita boleh menyambutnya atau tidak pada tahun hadapan. Sehubungan dengan itu pula akan tiba hari Raya.  Hari raya merupakan hari menggembirakan. Lebih-lebih lagi kita semua dapat berkumpul bersama ibubapa dan seluruh ahli keluarga. Pasti suasana begitu riang dan meriah.

 Tapi apa yang kita semua sering  lupa dan abaikan ataupun tidak mengambil berat ialah aurat di dalam keluarga yang bukan mahram. Ada yang selama ini menjaga batasan aurat dengan baik tetapi sebaik berkumpul dengan keluarga bab aurat ini dilupakan.
Walaupaun kita sesama  keluarga tetapi jangan lupa ada yang ahli keluarga kita merupakan bukan mahram kita. Dan adalah haram jika kita bersalaman dan mendedahkan aurat kita kepada mereka :


Antara ahli keluarga terdekat  yang bukan mahram kita :

          1. Ipar Duai kita ( Abang Ipar/adik Ipar/kakak ipar)
          2. Isteri kepada Bapa Saudara kita/ suami kepada ibu saudara kita
          3. Sepupu kita

Kadang-kadang kita merasakan begitu rapat dengan mereka menyebabkan kita merasakan tak perlu menutup aurat. Ada juga ahli keluarga kita yang tegur “ hei.. dalam rumah pun pakai tudung tu kan waris kita” tetapi aurat tetap aurat dan perlu dijaga.

Pernah suatu masa Nabi Muhammad S.A.W ditanya tentang Ipar. Baginda Menjawab. Ipar adalah Maut.
Ini menunjukkan bahanyanya Hubungan Ipar Duai ini jika kita tidak menjaga batas pergaulan dan Aurat.

Oleh itu peringatan kepada semua wanita agar mengambil berat perkara ini semoga puasa yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dan diterima oleh ALLAH
Bagi kaum lelaki pula, tegur lah isteri anda dan anak-anak anda serta ambil cakna perkara tersebut supaya anda tidak menangung dosa diakhirat nanti.

FIRMAN Allah bermaksud: “Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya),
kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan.      Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nur, ayat 31)

sebenarnya sudah jelas, Selain yang dinyatakan oleh ALLAH dalam firmannya diatas, semuanya adalah dilarang mendedahkan aurat kita dan bersentuhan walaupun untuk besalaman di Hari Raya.

Marilah kita pakat-pakat menjaga aurat kita. semoga mendapat keberkatan oleh ALLAH sentiasa.. Amin..

Penghabisan Stok

hari ini sudah21 Ramadhan. 70% telah berlalu, tinggal lagi 30% sahaja baki stok puasa yang ada. Sepuluh hari terakhir puasa mesti direbut kerana mungkin puasa kali ini adalah puasa yang terakhir buat kita. Baki 30% ini juga terkenal dengan malam lailatul Qadar.

Nabi Muhammad dalam sabdanya menyebut.


Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda,: "...sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu."(Hadis sahih riwayat Bukhari)

Apakah malam Lailatul Qadar?
"SESUNGGUHNYA Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Al-Qadr:1-5)
Kita mestilah berusaha mencari malam Lailatul Qadar. Hayati sabda Rasul.Daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam akhir Ramadan."(Hadis sahih riwayat Bukhari)

Contoh terbaik dalam menghidupkan malam Lailatul Qadar ialah amalan Rasullullah.Daripada Aisyah r.a katanya: "Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)"

Marilah kita pertingkatkan amalan kita sementara kita masih diberikan kekuatan oleh ALLAH SWT dan  sementara kita belum dijemput mengadap ALLAH kelak.
Sesungguhnya tiada seorang pun yang dapat memberikan jaminan bahawa kita masih lagi dapat hidup dan  menemui ramadhan pada tahun yang akan datang.
jadi.... rebutlah peluang sementara stok masih ada..

Wednesday, September 9, 2009

trial pmr 2009

pada hari rabu minggu lepas bermulanya trial untuk pelajar PMR dan SPM. SPM tak kisahla sangat.. sebab cikgu tak mengajar pun.. saya mengajar sains tiga kelas untuk PMR.. tapi nampaknya budak2 sini relak jo.. macam tak penting mana. zaman saya dulu.. trial nie dah macam perekso sebenar.. berpeluh juga , terasalah debarannya...

pada minggu lepas juga saya dapat pula jadual yang baru.. nie gara2 adala cikgu yang bersalin..
so dapat la pula satu lagi kelas tingkatan 3. kelas paling depan pulak tu..  alahai... nak habiskan tanda kerts 4 kelas nie malas laa jugak..   kelas target. pereksa baru habis hari rabu 8/9/09. nampak nya budak 2 macam merdeka sahaja.. padahal pereksa sebenar tak lama dah..

dari perhitungan saya pereksa ada lah lebihkurang sebulan lagi.. tolak cuti raya nanti 9 hari, tolak cuti jumaat dan sabtu lagi.. so adala lebih kurang 18 hari lagi nak pereksa. bagi dengan 8 subjek.. adalaaa 2 hari untuk satu subjek...

camna nak buat 2 hari sahaja nak pecut sains nie....kalau ikut kertas jawapan yg diperiksa, alahai teruk laaa juga.. kelas depan pun lebihkurang kelas belakang jugak..
camna nak buat ek?????


apa2 pun dengan masa yang masih tinggal nie... usaha perlu di teruskann. yang penting... usaha dan tawakkal.
insyallah akan diberikan kejayaan oleh Allah nanti.

Monday, September 7, 2009

nuzul al quran



uzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Wednesday, September 2, 2009

AKU BIMBANG

AKU BIMBANG


Aku bimbang .. sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau besok.. aku mati mendadak?


Sembahyangku masih banyak.. yang belum terqada'

Ingin membayar puasa yang tertinggal.. masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumah-ku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.
Aku bimbang.. sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau ................ apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit.
Aku bimbang.. sangat bimbang..
Isyak masuk.. ayah ke surau menyembah Allah
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid.. berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit2.. MENYOKONG PESERTA REALITI TV TU.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku.. setelah dunia aku tinggalkan?


Aku bimbang.. amat bimbang

imanku masih terumbang-umbang


Ketika aku di dalam kubur.. adakah orang yang akan mendo'akan ?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah.. adakah siapa yang akan mengenangkan ?
Hilang aku dari pandangan.. hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi.. kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.
Aku bimbang.. sangat bimbang..

amal ibadahku sangat berkurang !


WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola.. TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU

dan pergi ke masjid seperti orang lain


Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal,

bayarlah puasamu


Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi