Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com
Friday, September 11, 2009
AURAT DENGAN KELUARGA YANG BUKAN MAHRAM
AURAT DENGAN KELUARGA YANG BUKAN MAHRAM
Beberapa hari lagi akan berakhirnya bulan ramadhan yang berkat ini dan tidak tahu sama ada kita boleh menyambutnya atau tidak pada tahun hadapan. Sehubungan dengan itu pula akan tiba hari Raya. Hari raya merupakan hari menggembirakan. Lebih-lebih lagi kita semua dapat berkumpul bersama ibubapa dan seluruh ahli keluarga. Pasti suasana begitu riang dan meriah.
Tapi apa yang kita semua sering lupa dan abaikan ataupun tidak mengambil berat ialah aurat di dalam keluarga yang bukan mahram. Ada yang selama ini menjaga batasan aurat dengan baik tetapi sebaik berkumpul dengan keluarga bab aurat ini dilupakan.
Walaupaun kita sesama keluarga tetapi jangan lupa ada yang ahli keluarga kita merupakan bukan mahram kita. Dan adalah haram jika kita bersalaman dan mendedahkan aurat kita kepada mereka :
Antara ahli keluarga terdekat yang bukan mahram kita :
1. Ipar Duai kita ( Abang Ipar/adik Ipar/kakak ipar)
2. Isteri kepada Bapa Saudara kita/ suami kepada ibu saudara kita
3. Sepupu kita
Kadang-kadang kita merasakan begitu rapat dengan mereka menyebabkan kita merasakan tak perlu menutup aurat. Ada juga ahli keluarga kita yang tegur “ hei.. dalam rumah pun pakai tudung tu kan waris kita” tetapi aurat tetap aurat dan perlu dijaga.
Pernah suatu masa Nabi Muhammad S.A.W ditanya tentang Ipar. Baginda Menjawab. Ipar adalah Maut.
Ini menunjukkan bahanyanya Hubungan Ipar Duai ini jika kita tidak menjaga batas pergaulan dan Aurat.
Oleh itu peringatan kepada semua wanita agar mengambil berat perkara ini semoga puasa yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dan diterima oleh ALLAH
Bagi kaum lelaki pula, tegur lah isteri anda dan anak-anak anda serta ambil cakna perkara tersebut supaya anda tidak menangung dosa diakhirat nanti.
FIRMAN Allah bermaksud: “Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya),
kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nur, ayat 31)
sebenarnya sudah jelas, Selain yang dinyatakan oleh ALLAH dalam firmannya diatas, semuanya adalah dilarang mendedahkan aurat kita dan bersentuhan walaupun untuk besalaman di Hari Raya.
Marilah kita pakat-pakat menjaga aurat kita. semoga mendapat keberkatan oleh ALLAH sentiasa.. Amin..
Hadis 40 Imam Nawawi
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas
Hadis Keempat
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "
No comments:
Post a Comment