Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Sunday, January 17, 2010

BUBUR asyura...

Tarikh    : 15 januari 2010
Tempat : Masjid Bandar AMBS


Sesungguhnya bulan Muharram adalah bulan suci disisi ALLAH kerana
ianya termasuk " Asyhurul Haram ( Bulan-bulan Haram ) " yang diharamkan berperang dalam bulan ini. 



Firman ALLAH :
" Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH ialah dua belas bulan,
dalam ketetapan ALLAH di waktu DIA menciptakan langit dan bumi,
diantaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus,
maka janganlah menganiaya diri dalam bulan yang empat itu [At-Taubah: 36].







di kesempatan bulan Muharram ini.. pada 15 hb januari baru-baru nie.... KETENGAH menganjurkan program memasak bubur asyura sempena dengan penghujung bulan Muharram.. aktiviti memasak bubur asyura nie adalah aktiviti tahunan pihak ketengah.. 2 tahun lepas ada tercatat dalam malaysia BOOKs of record.. bagi kategori memasak bubur asyura yang paling banyak.


so... seperti tahun lepas.... SMKDM diperuntukkan satu kawah...  meriah laa jugak? tapi kemeriahan sambutan untuk sekolah nie rasanya sudah semakin berkurang...  pembabitan guru-guru pun rasanya kurang meriah sikit....  walaubagaimana pun yang penting dapat juga kita sama-sama mengacau bubur asyura pada tahun nie...  


tapi kat kampung saya pun jarang dah yang memasak syura nie... kalau ada pun kurang meriah dah...
sekadar anak beranak jo..
suatu ketika dahulu.. kalau musim syura nie.. rasa meriah sangat.. 
pakat-pakat berkumpul ramai-ramai..


dulu.. nak memasak bubur asyura nie bukan kejap.. selagi tak benar-benar masak, jangan harap laa nak angkat.. berpeluh sampai keting laa. start awal2 pagi.. petang baru boleh makan.. 
orang tua-tua kata, selagi tak bergolek dalam kuali jangn angkat.. ( maknanya dah tak melekat pada kawah. syura sering dengan molek.) sebab tu syura boleh disimpan 4,5 hari walaupun tak masukkan kedalam peti sejuk..  orang dulu kurang yang ada peti kat ummah..


sekarang nie... baru kacau sejam dua dah sibuk nak angkat.. masing-masing malas nak kacau..
tapi kacau syura nie memang letih.. campur panas + asap+ letih... alahai..
tu pun sekarang dah pakai dapur gas.....











sebenarnya... apa yang penting memasak syura nie... buka hendak makan sangat.. tak la sedap sangat.. habis tinggi pun makan habis sepinggan.. tu pun kalau orang yang jenis berehi sangat..
yang menariknya... acara mengacau bubur.. pakat -pakat kerjasama. berbual-bual, berguarau senda..


harap-harap kita cuba pertahankan acara ini supaya ianya tidak hilang begitu saja...
apatah lagi sekarang ini semangat keukhuwwahan sesama kita semakin berkurang.,
gambar nanti saya masukkan semula kalau saya berkerajinan...


3/2/10>ok ... rajin doh..







Saturday, January 16, 2010

gerhana matahari


Pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 ,  pada hari nie laaa sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat. 
Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut.


Menurut astronomi, gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari, ia menutup cahaya matahari sama ada separa atau sepenuhnya.

Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana anulus. 







Gerhana penuh berlaku apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana anulus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.


hari ini cuaca di AMBS   kadang2 panas yang terik dan kadang2 mendung....
masjid AMBS pada hari ini juga menganjurkan solat gerhana matahari...
Jemaah  yang datang pun tak ramai sangat...
bukan sokmo dapat solat sunat gerhana nie.. seumur hidup pun sekali dua je.
ntah-ntah ramai yang tak tau dan lupa camna nak sembahyang sunat gerhana..


solat sunat gernhana nie ada beza sikit ngan solat sunat biasa..
biasanya kita buat 2 rakaat dan 4 kali rukuk...


Rasanya cam nak  tengok jugak gerhana matahari  tetapi tiada alat yang boleh menapis cahaya matahari... jadi tak beranilaa jugak... bahaya!!! kan tak pasal2 rosak mata.. ini  kerana pada masa ini  matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta. 




sebagai umat islam... kita dianjurkan solat sunat gerhana...ini kerana Hukum khutbah dan solat gerhana adalah sunat muakad. Adalah sebaik-baiknya bersama-sama solat gerhana matahari berjemaah di surau atau masjid kerana dapat mendengar khutbah yang  dibacakan oleh khatib. 


gerhana ini menunjukkan kuasa ALLAH SWT yang boleh bagi pengajaran kepada kita agar sentiasa ingat kepada ALLAH. 
sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya bertakbirlah, berdoalah kepada Allah, bersolatlah dan bersedekahlah. Wahai umat Muhammad, tidak ada yang lebih cemburu (marah) mengatasi kemarahan Allah atas perbuatan zina di kalangan hamba-Nya sama ada lelaki atau perempuan. Wahai Umat Muhammad, demi Allah, jika kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis”. (Hadith riwayat Muslim)



walaubagaimana pun gerhana ini adalah fenomena yang dijadikan oleh ALLAH yang begitu menakjubkan . semoga kita mengambil pengajaran daripadanya.

Tuesday, January 5, 2010

salam Tahun baru



assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh....................

rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapkan salam maal hijrah dan selamat tahun baru untuk semua pengunjung blog ini....
semoga kita diberikan kekuatan untuk mengharungi dugaan dan cabaran untuk tahun ini....
semoga tahun ini kita upgradekan diri kita menjadi lebih baik berbanding tahun lepas dalam segala segi...
yang paling penting amal ibadat kita kepada Pencipta kita ALLAH S.W.T

Kata Pepatah Arab, 
“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, 
rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan 
celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam”




rasanya lama dah saya tak kemaskini blog nie...
banyak perkara yang berlaku tapi sibuk sikit...
lagipun kat kampung broadband tok rok starang...
nak buka pun malas..


pada tahun ini.. saya masih lagi mengajar sesi pagi..
mengajar kimia form 5 dan sains form 3.
jawatan lain tak berubah pun... lebih kurang saja..


apa-apa pun tugas tetap tugas..
tugas mendidik ini merupakan satu amanah untuk saya..
semoga diberikan kekuatan untuk menggalas tugasan ini..






saya teringat dengan kata-kata ustaz azhar..


sebenarnya 
dapat pergi berjemaah  ke masjid dan  surau..
menjadi pejuang agama ALLAH
suka membuat kebaikan
baca AL Quran sentiasa...
dan kita dapat buat baik ini bukan sebab kita baik...




tetapi dengan sifat rahmat ALLAH kita dipilih oleh Allah SWT ...
kalau tanpa rahmat ALLAH... kita nak baca bismillah pun tak boleh.


ada orang yang sepanjang hidup berbuat jahat tetapi akhirnya mati menjadi hamba ALLAH...
ada juga yang menghambakan diri kepada ALLAH sekian lama akhirnya mati dalam kufur...
so kita jangan dok bangga sangat jika hari nie kita baik..


yang penting berdoalah setiasa agar kita dipilih oleh ALLAH untuk menjadi hambanya yang bertakwa..
semoga saya di berikan kekuatan olehmu ya ALLAH untuk menjadi hambamu yang bertakwa...

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi