Tempat : Masjid Bandar AMBS
Sesungguhnya bulan Muharram adalah bulan suci disisi ALLAH kerana
ianya termasuk " Asyhurul Haram ( Bulan-bulan Haram ) " yang diharamkan berperang dalam bulan ini.
Firman ALLAH :
" Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH ialah dua belas bulan,
dalam ketetapan ALLAH di waktu DIA menciptakan langit dan bumi,
diantaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus,
maka janganlah menganiaya diri dalam bulan yang empat itu [At-Taubah: 36].
di kesempatan bulan Muharram ini.. pada 15 hb januari baru-baru nie.... KETENGAH menganjurkan program memasak bubur asyura sempena dengan penghujung bulan Muharram.. aktiviti memasak bubur asyura nie adalah aktiviti tahunan pihak ketengah.. 2 tahun lepas ada tercatat dalam malaysia BOOKs of record.. bagi kategori memasak bubur asyura yang paling banyak.
so... seperti tahun lepas.... SMKDM diperuntukkan satu kawah... meriah laa jugak? tapi kemeriahan sambutan untuk sekolah nie rasanya sudah semakin berkurang... pembabitan guru-guru pun rasanya kurang meriah sikit.... walaubagaimana pun yang penting dapat juga kita sama-sama mengacau bubur asyura pada tahun nie...
tapi kat kampung saya pun jarang dah yang memasak syura nie... kalau ada pun kurang meriah dah...
sekadar anak beranak jo..
suatu ketika dahulu.. kalau musim syura nie.. rasa meriah sangat..
pakat-pakat berkumpul ramai-ramai..
dulu.. nak memasak bubur asyura nie bukan kejap.. selagi tak benar-benar masak, jangan harap laa nak angkat.. berpeluh sampai keting laa. start awal2 pagi.. petang baru boleh makan..
orang tua-tua kata, selagi tak bergolek dalam kuali jangn angkat.. ( maknanya dah tak melekat pada kawah. syura sering dengan molek.) sebab tu syura boleh disimpan 4,5 hari walaupun tak masukkan kedalam peti sejuk.. orang dulu kurang yang ada peti kat ummah..
sekarang nie... baru kacau sejam dua dah sibuk nak angkat.. masing-masing malas nak kacau..
tapi kacau syura nie memang letih.. campur panas + asap+ letih... alahai..
tu pun sekarang dah pakai dapur gas.....
harap-harap kita cuba pertahankan acara ini supaya ianya tidak hilang begitu saja...
apatah lagi sekarang ini semangat keukhuwwahan sesama kita semakin berkurang.,
gambar nanti saya masukkan semula kalau saya berkerajinan...
3/2/10>ok ... rajin doh..
No comments:
Post a Comment