Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Tuesday, August 24, 2010

Persamaan Al-Quran Dan Ahli Sains Tentang Kepantasan Cahaya


Persamaan Al-Quran Dan Ahli Sains Tentang Kepantasan Cahaya

kepantasan cahaya
Tidak lama lagi kita akan menyambut hari Nuzul Al-Quran. Peristiwa Nuzul Al-Quran adalah berlaku pada malam 17 Ramadhan. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.
Al-Quran adalah sebuah kitab suci yang memiliki semua rahsia kehidupan. Salah satu ilmu pengetahuan yang ada di dalam Al-Quran yang mungkin tidak diketahui semua orang, iaitu tentang kepantasan cahaya yang masih merupakan misteri bagi para cendekiawan. Jika kita tafsirkan dengan benar di dalam Al-Quran akan ditemukan ayat mengenai kepantasan cahaya yang jika dipadankan dengan angka-angka para cendekiawan tidak jauh berbeza.

Kepantasan Cahaya iaitu kepantasan gelombang elektro magnetic yg terpantas di alam ini ialah: 299792.5 Km/saat, ini yang baru kita ketahui pada abad 20 tetapi ternyata telah ditulis Al-Quran 1400 Tahun yang lalu.
C, atau kepantasan cahaya iaitu benda yang paling pantas di alam ini diukur, dihitung atau ditentukan oleh berbagai institusi berikut:
US National Bureau of Standards, C = 299792.4574 + 0.0011 km/saat
The British National Physical Laboratory, C = 299792.4590 + 0.0008 km/saat
Conferrence ke-17 tentang Penetapan Ukuran dan Berat Standard Dunia ialah :
”Satu meter adalah jarak tempuh cahaya dalam ruang vacum ialah 1/299792458 saat”.
Sekarang, mari kita lihat apa yg Qur’an tulis tentang kepantasan cahaya.
Penjelasan dari Al-Quran mengenai kepantasan cahaya
Photobucket
10 Surah Yunus: Ayat 5. Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkanNya manzilah-manzilah (jalan-jalan) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan. Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda kepada orang-orang yang mengetahui.
Photobucket
21 Surah Anbiyaa: 33. Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.
Photobucket

Qs. 32 Surah Sajdah: 5. Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu
Sekarang, mari kita perhatikan dengan menggunakan formula.

Jarak yang dicapai oleh cahaya selama 1 hari = jarak yang ditempuh bulan selama 1000 tahun atau 12000 bulan.

C . t = 12000 . L
dimana : C = kepantasan sesuatu benda
t = waktu selama satu hari
L = panjang perjalanan bulan selama satu bulan
Sekarang, sistem kalendar telah diuji mendapatkan nilai C yang sama dengan nilai C yang sudah diketahui setelah pengukuran.
Ada dua macam sistem kalendar bulan:
1. Sistem sinodik, didasarkan atas semua pergerakan bulan dan matahari dari bumi.
1 hari = 24 jam
1 bulan = 29.53059 hari
2. Sistem sidereal, didasarkan atas pergerakan relatif bulan dan matahari terhadap bintang
dan alam semesta.
1 hari = 23 jam 56 minit 4.0906 saat = 86164.0906 saat
1 bulan = 27.321661 hari
Bulan kembali ke posisi semula tepat pada garis lurus antara matahari dan bumi. Period ini disebut “satu bulan sinodik”
Selanjutnya perhatikan laluan bulan selama satu bulan sidereal, Laluannya bukan berupa lingkaran seperti yang mungkin anda bayangkan melainkan berbentuk curve yang panjangnya L = v . T.
Dimana:
v = kepantasan bulan
T = period revolusi bulan
= 27.321661 hari
a = 27.321661 days/365.25636 days x 360 o = 26.92848o
Ada dua jenis kepantasan bulan :
1. Kecepatan relatif terhadap bumi yang bisa dihitung dengan formula berikut: ve = 2 . p . R / T
dimana R = jejari revolusi bulan = 384264 km
T = period revolusi bulan = 655.71986 jam
Jadi ve = 2 * 3.14162 * 384264 km / 655.71986 jam
= 3682.07 km/jam
2. Kepantasan relatif terhadap bintang atau alam semesta. Einstein mengatakan bahawa kepantasan jenis kedua ini dihitung dengan mendarabkan yang pertama dengan cosinus a, sehingga: v = Ve * Cos a
Dimana a adalah sudut yang dibentuk oleh revolusi bumi selama satu bulan sidereal
a = 26.92848o
Bandingkan C (kepantasan sesuatu benda) hasil perhitungan dengan nilai C (kepantasan cahaya) yang sudah diketahui !
Jika:
L = v . T
v = Ve * Cos a
Ve = 3682.07 km/jam
a = 26.92848 o
T = 655.71986 jam
t = 86164.0906 saat
Maka:
C . t = 12000 . L
C . t = 12000 . v . T
C . t = 12000 . (Ve * Cos a) . T
C = 12000 . ve . Cos a . T / t
C = 12000 * 3682.07 km/jam * 0.89157 * 655.71986 jam / 86164.0906 saat
C = 299792.5 km/saat
Sekarang…mari kita bandingkan antara yg ditulis Al-Quran dengan perkiraan abad 20.
Al-Quran ————————————–> C = 299792.5 Km/saat
US National Bureau of Standards, ——> C = 299792.4574 + 0.0011 km/saat
The British National Physical Laboratory, C = 299792.4590 + 0.0008 km/saat
Conferrence ke-17 tentang Penetapan Ukuran dan Berat Standard Dunia ialah :
”Satu meter adalah jarak tempuh cahaya dalam ruang vacum ialah 1/299792458 saat”.
 
Kesimpulan dari Profesor Elnaby:
“Perkiraan ini membuktikan keakuratan(ketepatan) dan konsistens nilai konstant C hasil pengukuran selama ini dan juga menunjukkan kebenaran AlQuranul karim sebagai wahyu yang patut dipelajari dengan analisis yang tajam karena penulisnya adalah ALLAH, Pencipta Alam Semesta.”


Artikel ini isuhangat translate dari web berbahasa Inggeris jadi faham-faham jer la kalau terjemahannya di campur dengan perkataan Inggeris.
Anda digalakkan berkongsi artikel ini untuk menunjukkan kebenaran Al-Quran tetapi saya sangat berbesar hati jika dikreditkan ke www.isuhangat.net

Sunday, August 22, 2010

Kebenaran Sabda Nabi Muhammad SAW


MANUSIA MEMPUNYAI 360 TULANG SENDI!

‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [HR Muslim]

Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “ [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani]
 



 


Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya “The Journey of Faith inside the Human Body”, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1400 tahun yang lalu , iaitu seperti berikut: 

147 sendi di tulang belakang 
25 sendi antara tulang belakang 
72 sendi antara tulang dan tulang rusuk 
50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?) 
24 sendi di dada 
2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage 
18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk. 
2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat). 
2 sendi antara skapula dan dada 
86 sendi di hujung teratas
2 sendi antara tulang scapular 
6 sambungan antara siku. 
8 sendi antara pergelangan tangan 
70 sendi antara tulang tangan 
92 sendi di hujung terbawah 
2 sendi pinggul 
6 sendi antara tulang lutut 
6 sambungan antara pergelangan kaki 
74 sendi antara tulang kaki 
11 sendi di pelvis 
4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx) 
6 sendi antara tulang acetabulm 
1 sendi sumphysis kemaluan 

Jumlah sendi 360 

Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota –anggota di tubuh manusia. 
Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi , dan pada masakini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350. 



Allah SWT berfirman:
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” ( Al-Mulk :14)

“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)

PERAHU NABI NUH DI TEMUI

PERAHU NABI NUH DI TEMUI 

Umat Nabi Nuh A.S yang ditenggelamkan oleh Allah SWT karena kedurhakaannya seperti disebutkan dalam Al-Qur’an, sudah ditemukan dan dilakukan penggalian oleh penelitian tim antropolog yang dipimpin oleh Prof. Ron Wyatt di Turki sejak tahun 1977. Ini adalah sebagian foto-fotonya. 



1. Informasi awal di tahun 1960, berita dalam Life Magazine: Pesawat Tentera Negara Turki merakam sebuah imej mirip perahu di puncak gunung Ararat yang panjangnya 500 kaki (150 meter) yang dijangkakan perahu Nabi Nuh AS (The Noah’s Ark). 

 



2. Ini dia lokasinya di bukit Ararat gambar fosil kapal yg diambil dari jarak dekat. 

 



3. Gambar yang di ambil dari sudut hujung fosil kapal. 

 



4. Kerja-kerja pengukuran oleh pihak tim arkeologi. 

 
 



5. Struktur Perahu menurut para arkeologi yang menemukannya. 

 

Gambar lebih jelas... 

 



6. Gambar fosil bahtera Nabi Nuh dengan warna yg lebih jelas dan terang yang diambil kemudian pada dekad terkini. 




ambungan....




*** Gunung Judi (yang disebut dalam Al Quran) dan Gunung Ararat (yang di sebut dalam Bible) adalah gunung yang sama. Yang membezakan cuma bahasa penggunaannya sahaja. Dalam bible yang ada sekarang menyebut lokasi pendaratannya di 'Ararat', sementara dalam bible yang terlebih awal di tulis, yang menggunakan bahasa Aramaic (Targums) menyebutnya Gunung 'Judi'(The ancient Babylonians literature , The Genesis Rabba and Josephus followed the Aramaic opinion).

Jadi selesai lah masalah berkenaan yang mana satu Gunung Judi dan yang mana satu Gunung Ararat.





Gambar fosil sauh bahtera Nabi Nuh as





Dinding kapal yg telah menjadi fosil





Kepingan papan dari dinding bahtera Nabi Nuh as yg telah menjadi fosil





Bahan besi yg di jumpai di Bahtera Nabi Nuh as



Sunday, August 15, 2010

cara nak baiki flashdisk yang rosak



Bagi anda yang sedang mengalami masalah dengan flashdisk, khususnya kasus flashdisk terdeteksi di Windows namun tidak  di format anda  menggunakan beberapa cara berikut ini untuk memperbaikinya :
Format flashdisk melalui /LiveCD 
(original page: http://linux.or.id/node/2835/)
Langkah yang harus dilakukan:
  1.  komputer menggunakan LiveCD , Slax KillBill atau distro lainnya,
  2. Setelah login ke sistem, masukkan flashdisk yang bermasalah tadi ke salah satu port USB. Demi, pastikan hanya flashdisk yang bermasalah saja yang terpasang,
  3. Pastikan flashdisk anda terdeteksi, atau setidaknya indikator led nyala,
  4. Masuk ke console
  5. Pada console jalankan  /dev/sda1 (sesuaikan dengan flashdisk ke berapa yang terpasang),
  6. Delete atau hapus partisi pada flashdisk,
  7. Buat partisi baru dengan memilih Create New | Write,
  8. Simpan perubahan yang baru saja anda lakukan,
  9. Format flashdisk dengan cara mengetikan perintah .- /dev/sda1 di console.
  10. Flashdisk anda telah memiliki partisi baru, sehingga  digunakan kembali baik di  maupun di Windows.
Format flashdisk Menggunakan USB Disk Storage Format Tool
Di  cara di atas, anda juga  menggunakan tools yang dikeluarkan oleh pihak ketiga. Salah satunya adalah Hewlet Packard (HP). Walaupun tools ini dikeluarkan oleh HP, namun utilisasinya juga digunakan pada flashdisk merek lain.
Berikut langkah-langkah memperbaiki flashdisk yang tidak  di format menggunakan HP USB Disk Storage Format Tool:
  1. Download aplikasi HP USB Disk Storage Format Tool di sini,
  2. Install aplikasi tersebut, rekomendasi OS yang digunakan adalah  Windows 2000, Windows 2003 Server dan Novel Netware,
  3. Masukkan flashdisk yang bermasalah ke salah satu port USB. Pastikan flashdisk anda terdeteksi dan memperoleh alokasi drive di Windows,
  4. Jalankan aplikasi HP USB Disk Storage Format Tool
  5. Tentukan drive tempat flashdisk terpasang,
  6. Pilih Create New or Replace Existing Configuration untuk membuat partisi baru baru dan menghapus konfigurasi yang ada di flashdisk,
  7. Format flashdisk anda sesuai dengan file sistem yang diinginkan.
Selamat mencuba, mudah-mudahan bermanfaat.

Wednesday, August 11, 2010

Jutawan dalam masa 30 hari


    Jutawan dalam masa 30 hari sahaja, serius!
Hari minggu tu hari, aku diajak mendengar satu presentation MLM. Apa yang aku agak berlaku, biasalah MLM ..tepuk! tepuk! Anda Hebat! Jadi jutawan mudah dengan teknik duplikasi jer.
Kali ini tawaran di Bulan Ramadhan lagi hebat! Tidak perlu push orang, tak perlu cari kaki downline, tak perlu networking marketing, tak perlu maintain bulanan kerana peluang untuk menjadi ‘jutawan kekal’ ni datang sekali dalam sebulan.
Mari kita rebutkan peluang jadi jutawan di Bulan Ramadhan.
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala

Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!
Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00
Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari Sahaja!!!!
Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?
Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.
Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya?
Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?
Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!
Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.
Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?
Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.
Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!
*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.
Wallahu’alam.
Selamat berpuasa,
Selamat beramal,
Posted @ www.isuhangat.net. Kongsi artikel ini dengan kawan-kawan

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi