Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Sunday, November 14, 2010

10 Sebab Komputer Hang


10 Sebab Komputer Hang

komputer
Info IT, kenapa komputer/laptop anda selalu hang? Kalau dah hang, ubatnya ada 2 jer:
1. Ctrl+Alt+Delete
- Start Task Manager
- Klik pada program yang ‘not responding’
- End Task
Jika Task Manager pun tak boleh run
2. Force Reset. Tekan butang reset atau butong ‘power’ selama 15 saat dan komputer anda terus shut down, tetapi shut down cara paksa ini akan menyebabkan hardisk anda ‘koyak’ juga perisian berlaku error.
Apa penyebab komputer hang?
1. Hardware Konflik
Selalu berlaku antara satu hardware dengan hardware yang lain tidak support sesamanya atau mungkin hardware tidak dipasang dengan baik dan juga kemungkinan salah satu hardware yang ada masalah.
Cara mengetahui sebuah hardware bermasalah atau tidak : klik Start – Setting Control Panel – System Device Manager. Lihat apakah ada hardware yang bertanda ! dalam segitiga kuning. Kalau ada bermaksud hardware tersebut bermasalah.. Cara mengatasinya adalah menginstall semula driver hardware tersebut. Atau anda boleh menggunakan tool unutk melihat driver apakah driver sudah terinstall atau belum.
2. Keadaan RAM
RAM yang kurang baik selalu menyebabkan “Blue Screen”. Kemungkinan pula disebabkan anda memasang 2 RAM dengan spesifikasi yang berbeza. Sebaiknya RAM pada sebuah Komputer harus sama, kalau perlu 1 jenis yang sama.
3. BIOS expired
Komputer hang juga mungkin disebabkan karena BIOS motherboard expired untuk support hardware baru.
Layari website pembuat BIOS motherboard anda dan cari updatenya.
4.Hard Disk
Susunan file di hardisk tidak tersusun boleh menyebabkan PC menjadi hang. Untuk mengelakannya, selalu lakukan Disk Clean-up sebulan sekali dan juga defrag.
5. Fatal OE exception
Hal ini disebabkan oleh VGA Card yang tidak support. Untuk mengatasinya cuba ubah setting appearance. Dan jika ada error juga bererti VGA Card anda perlu diganti.
6.Terkena Virus dan spyware
Lindungi PC anda dengan Anti Virus yang up-to-date. Jika mahu yang percuma saya cadangkan Avira.
7. Printer
Semasa mahu print file besar seperti Power Point, selalu juga membuat PC hang. Ini disebabkan setiap kali melakukan print dokumen, Komputer menghantar data file tersebut ke memori printer, sedangkan printer hanya menyediakan memori yang kecil. Jika ini berlaku maka cabut kabel printer dan tekan butang reset pada printer.
8.Software
Masalah yang juga sering membuat komputer hang adalah software yang kita install tidak support dengan Sistem Operasi. Sebelum menginstall software periksa dulu apakah mendukung OS PC tersebut atau tidak. Semak juga system requirement untuk hardwarenya.
9. Panas
Biasanya hardware tidak dapat berfungsi dengan normal jika komputer terlalu panas, cara mengatasinya ialah menambah kipas atau cooler pad pada laptop dan shut down sekejap komputer anda.
10.Power Supply
Supply elektrik yang kurang juga boleh membuatkan PC tidak berfungsi dengan maksima. Sesuaikan daya pada Power Supply dengan keperluan elektrik PC anda.
Posted @ www.isuhangat.net. Maaf bahasa rojak mamak english+malay kerana rasanya bahasa teknologi kalau dialih bahasa jadi lain nanti. Kalau nak tambah no 11,12 dan seterusnya dipersilakan…

No comments:

Post a Comment

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi