Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Monday, June 29, 2009

ALHAMDULILLAH....

alhamdulillah syukur kehadrat tuhan kerana dapat kembali bertugas hari nie...
kelmarin dapat berehat.. cuti peristiwa sempena jubli Perak..
alhamdulillah juga kerana jubli telah selesai... walaupun ade lah sedikit sebanyak perkara yang tidak puas hati dibangkitkan pagi2 lagi oleh sesetengah guru...


apa yang berlaku pada jubli baru2 nie...?
banyak aktiviti yang telah dijalankan... antaranya.. perkhemahan, jamuan, pameran dan gerai jualan, suka neka dan sukan rakyat....
walaupun sambutan dari orang kampung agak tidak menggalakkan tapi alhamdulillah sambutan berjalan dengan lancar.. saya malas nak ulas panjang tetapi saya coretkan sedikit peristiwa yang mencuit hati kat sini..
Program dirasmikan oleh Yb Din Adam sendiri tetapi agak lewat sedikit lebih kurang 40 minit..
pasukan pancaragam dan badan beruniform yang menunggu agak keletihan.. dan akhirnya beberapa pasukan pancaragam ke tandas.. YB yang datang dengan tiba-tiba menyebabkan sedikit kekalutan berlaku.. budak2 pancaragam kat tandas berlari laju untuk ke barisan semula... alhamdulillah tiada masaalah yang berlaku tetapi irama yang dialunkan menjadi sumbang.. kesian.. lama-lama berlatih tetapi akhirnya ini berlaku.. sabar
bahagian membasuh perut lembu di uruskan oleh cikgu zamri.. yang mana perut lembu telah dicuci dengan baik sehingga putih melepak... habis licin laaa zat2 terlarut..
tak tau laa dia guna sabun apo..
Gimik perasmian asal adalah dengan menggunakan replika buah durian.... yang akan dicengkah oleh YB dan akhirnya akan keluarkan letupan kertas dan keluarkan MOUSE untuk perasmian.. tetapi Buah durian tidak sempat masak( tak sempat kering di cat- silap teknik) ..setelah bertungkus lumus selama beberapa hari..
akhirnya kami menyediakan mouse yang menjulang turun dengan belon untuk YB potong.. tu pun sejam setengah sebelum perasmian baru buat... tapi alhamdulillah selamat.
aktiviti perkhemahan malam... pelajar dikejutkan tengah malam untuk aktiviti burung hantu...
di bawa ke padang mencari orang hilang.. di kejutkan oleh hantu yang begitu menyeramkan..
perlawanan bola sepak berkain sarong.. pasukan guru dibelasah oleh pasukan ketengah. walaubagaimana pun guru berjaya membalas dendam dengan pasukan pelajar..
pertandingan tarik tali antara guru dengan pelajar begitu membosankan kerana guru2 dapat menang mudah dengan hanya menggunakan separuh tenaga sahaja... tu laaa budak2 mana boleh lawan ngan cikgu...
perasmian penutup di rasmikan oleh pengetua sendiri dan sambutan berakhir pada jam 1.00 tgh hari... pah tu.. balik tidur..







Wednesday, June 24, 2009

JUBLI PERAK SMK DURIAN MAS




eSOK AKAN BERLANGSUNG SAMBUTAN JUBLI PERAK DI smk dURIAN mAS...
BERMACAM PROGRAM AKAN BERLANGSUNG... aktiviti yang pertama ialah perkhemahan budak2 uniform dan malam ini pula aktiviti sembelih dan siang lembu.. dua ekor lembu akan menjadi korban... esok ada kenduri... pameran, sukaneka, persembahan dan macam2 lagi
jadi hari ini masing - masing sibuk.. budak2 pun tiada di kelas. masing2 dengan aktiviti tersendiri..
di dewan agak sibuk dengan reheasal untuk perasmian besok..
cikgu siti menjadi MC ( master Ceremony) Program ini
akan dirasmikan oleh ADUN Bukit besi.. so banyak laa sedikit kerenah dan kerja kalau panggil orang besar..
saya sebenarnya kurang suka jemput orang besar rasmi program ... sebab apo..
rasmi kejap jo.. tapi persiapan untuk perasmian yang meletihkan...
kerja bertambun..
saya bahagian Buku Program.. alhamdulillah siap doh...
tapi akhir2 nie banyak pulak yang kena... suruh buat kad perasmian pelawat, gimik perasmian, ejust gambar untuk pameran sejarah sekolah dan bermacam-macam lagi..
semua guru masing2 sibuk dengan tugas masing masing... tapi ada jugak cikgu yang rilek.. selamba jo... orang sibuk dia buat2 sibuk.. menyibuk jo..
biasanya muko tulo jo..
gimik tak siap lagi... buah durian baru nak cat.. sempat kering dok lagi.. belo tak tiup lagi
orang tanya doh camna raptai nie..
sabor!!
harap2 esok tiada masalah yang berlaku..
semoga guru2 d'mas buat yang terbaik..
ramai juga bekas2 pengetua, guru dan pelajar akan datang esok..
apo-apo pun saya rilek jap dalam makmal ... ambil udara sejuk..
nie antara gambar2 yang saya rakam pagi nie...
ada yang sibuk dan ada yang buat2 sibuk...


Monday, June 22, 2009

Gimik Perasmian HARI GURU..

kelmarin Sambutan Hari guru peringkat Dungun..
dirasmkan oleh Ahli Parlimen Dungun..
smk Durian Mas diamanahkan sebagai j/k Gimik perasmian..
hari khamis baru nie buat reheasal.. alhamdulillah tiada masalah.
kelmarin berdebar gak takut tak jadi.. buat malu jooo..
pengetua pulak sungguh pese.. buat molek..
gimik simple jo.. tapi nak menyelesaikan tu payah sikit..
bimbang juga takut ore kata.. he eleee.. gitu jo gimik..
ramai-ramai mesti ada yang bah komen..
tapi alhamdulillah.. takdok masalah..
ramai juga yang kata molek...
last2 geng kitaorang kena buat gimik untuk perasmian jubli Perak pulak
pada 25-27hb nie jubli perak akan disambut di smk Durian.

Thursday, June 18, 2009

tugas

hari nie rasanya letih sikit sebab banyak kerja yang perlu di setelkan hampir serentak...
sibuk nak keep in markah kimia lagi, nak buat persediaan untuk sambutan hari guru peringkat daerah dan macam2 lagi..
pada 25 hb nie smk durian mas akan mengadakn sambutan jubli perak. jadi saya ditugaskan untuk bahagian buku program... ikutkan hati lama dah dapat siapkan tetapi dok tunggu kata aluan dari pengarah dan menteri pelajaran yang masih belum diterima walaupun dah sebulan lebih hantar..
jadi hari nie kena siapkan juga sebab masa dah tinggal beberapa hari lagi... nak cetak lagi nak susun lagi..
esok pula kena pergi ke SMK padang pulut untuk siapkan barang-barang perasmian nanti untuk sambutan hari Guru peringkat daerah... baru nak buat walhal hari guru dah lama dah berlalu..
smk durian mas ditugaskan untuk ajk Gimik perasmian.. mula tu puas fikir gak nak buat apo... last2.. buat simple doh laaa.. janji ganah..
so tadi juga terpaksa siapkan barang2 untuk pasang reheasal besok..

Monday, June 15, 2009

alahai...


alhamdulillah ana selamat sampai ke Durian Mas semalam setelah lama bercuti.. kelmarin ana terpaksa menambah cuti sehari lagi sebab ada masalah yang tidak dapat dielakkan..
ana sampai di durian mas lebih kurang kul 2 petang.. letih gak rasanya.. 2 kali berhenti tidur di tepi jalan..   
sepanjang 2 minggu rasanya lama tak buka internet.. sibuk sikit, banyak sangat kenduri... perancanagn dalam cuti pun separuh  tidak dapat dilaksanakan..
kertas pereksa yang di bawa balik pun terpaksa dibawa balik semula dengan bangganya.. hajatnya semalam nak selesaikan memeriksa kertas.. tapi tertidur sehingga pagi...
blog nie pun lama dah ana tak tulis... rasanya malas dah nak buat blog politik.. tiada kepuasaan.. nak tulis pun tak boleh lebih-lebih.. terlebih tulis kan susah pulak... so sekarang nie ana nak jadikan blog nie blog biasa untuk sembang-sembang dan mencoretkan apa-apa yang ingin dicoretkan tapa ada nya sekatan... 
haaaaa.. haaaaa  haaaaa... suka sampai puas..
apa-apa pun selamat bertugas kembali  semua guru.. semoga cuti yang telah lepas menjadi semangat baru untuk antum semua menjalankan tugas..
yang penting jalankan tanggungjawab anada semua sebagai satu ibadat yang akan menjadi bekalan anda untuk dibawa balik kenegeri yang abadi...
amin...

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi