Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Monday, June 15, 2009

alahai...


alhamdulillah ana selamat sampai ke Durian Mas semalam setelah lama bercuti.. kelmarin ana terpaksa menambah cuti sehari lagi sebab ada masalah yang tidak dapat dielakkan..
ana sampai di durian mas lebih kurang kul 2 petang.. letih gak rasanya.. 2 kali berhenti tidur di tepi jalan..   
sepanjang 2 minggu rasanya lama tak buka internet.. sibuk sikit, banyak sangat kenduri... perancanagn dalam cuti pun separuh  tidak dapat dilaksanakan..
kertas pereksa yang di bawa balik pun terpaksa dibawa balik semula dengan bangganya.. hajatnya semalam nak selesaikan memeriksa kertas.. tapi tertidur sehingga pagi...
blog nie pun lama dah ana tak tulis... rasanya malas dah nak buat blog politik.. tiada kepuasaan.. nak tulis pun tak boleh lebih-lebih.. terlebih tulis kan susah pulak... so sekarang nie ana nak jadikan blog nie blog biasa untuk sembang-sembang dan mencoretkan apa-apa yang ingin dicoretkan tapa ada nya sekatan... 
haaaaa.. haaaaa  haaaaa... suka sampai puas..
apa-apa pun selamat bertugas kembali  semua guru.. semoga cuti yang telah lepas menjadi semangat baru untuk antum semua menjalankan tugas..
yang penting jalankan tanggungjawab anada semua sebagai satu ibadat yang akan menjadi bekalan anda untuk dibawa balik kenegeri yang abadi...
amin...

No comments:

Post a Comment

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi