Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Monday, June 29, 2009

ALHAMDULILLAH....

alhamdulillah syukur kehadrat tuhan kerana dapat kembali bertugas hari nie...
kelmarin dapat berehat.. cuti peristiwa sempena jubli Perak..
alhamdulillah juga kerana jubli telah selesai... walaupun ade lah sedikit sebanyak perkara yang tidak puas hati dibangkitkan pagi2 lagi oleh sesetengah guru...


apa yang berlaku pada jubli baru2 nie...?
banyak aktiviti yang telah dijalankan... antaranya.. perkhemahan, jamuan, pameran dan gerai jualan, suka neka dan sukan rakyat....
walaupun sambutan dari orang kampung agak tidak menggalakkan tapi alhamdulillah sambutan berjalan dengan lancar.. saya malas nak ulas panjang tetapi saya coretkan sedikit peristiwa yang mencuit hati kat sini..
Program dirasmikan oleh Yb Din Adam sendiri tetapi agak lewat sedikit lebih kurang 40 minit..
pasukan pancaragam dan badan beruniform yang menunggu agak keletihan.. dan akhirnya beberapa pasukan pancaragam ke tandas.. YB yang datang dengan tiba-tiba menyebabkan sedikit kekalutan berlaku.. budak2 pancaragam kat tandas berlari laju untuk ke barisan semula... alhamdulillah tiada masaalah yang berlaku tetapi irama yang dialunkan menjadi sumbang.. kesian.. lama-lama berlatih tetapi akhirnya ini berlaku.. sabar
bahagian membasuh perut lembu di uruskan oleh cikgu zamri.. yang mana perut lembu telah dicuci dengan baik sehingga putih melepak... habis licin laaa zat2 terlarut..
tak tau laa dia guna sabun apo..
Gimik perasmian asal adalah dengan menggunakan replika buah durian.... yang akan dicengkah oleh YB dan akhirnya akan keluarkan letupan kertas dan keluarkan MOUSE untuk perasmian.. tetapi Buah durian tidak sempat masak( tak sempat kering di cat- silap teknik) ..setelah bertungkus lumus selama beberapa hari..
akhirnya kami menyediakan mouse yang menjulang turun dengan belon untuk YB potong.. tu pun sejam setengah sebelum perasmian baru buat... tapi alhamdulillah selamat.
aktiviti perkhemahan malam... pelajar dikejutkan tengah malam untuk aktiviti burung hantu...
di bawa ke padang mencari orang hilang.. di kejutkan oleh hantu yang begitu menyeramkan..
perlawanan bola sepak berkain sarong.. pasukan guru dibelasah oleh pasukan ketengah. walaubagaimana pun guru berjaya membalas dendam dengan pasukan pelajar..
pertandingan tarik tali antara guru dengan pelajar begitu membosankan kerana guru2 dapat menang mudah dengan hanya menggunakan separuh tenaga sahaja... tu laaa budak2 mana boleh lawan ngan cikgu...
perasmian penutup di rasmikan oleh pengetua sendiri dan sambutan berakhir pada jam 1.00 tgh hari... pah tu.. balik tidur..







No comments:

Post a Comment

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi