Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com
Wednesday, October 14, 2009
Abis doh perekso PMR
lagipun pada 7-12 okt baru nie kena mengawas peperiksaan di SMK Ketengah jaya.. so tak sempatlah nak buka internet..
biasanya saya up date my blog semasa free di sekolah.. kat rumah tak boleh buat kerja..
baru jo buka laptop.. abang long nak tengok cerita upin dan ipin.. nampak laptop gak upin selalu..
walaupun setakat nie dah beratus kali tengok.. besar jugak pengaruh ipin kepada anak-anak...
biasanya anak-anak tidur baru boleh buka laptop.. tetapi kebanyakkanya saya jugak tidur..
walaubagaimanapun alhamdulillah perekso PMR dah berakhir.. ringan sikit beban saya.. maklumlah.. borong 4 kelas tingkatan tiga.. so sekarang ini terasa kenikmatan datang sekolah.. hampir 80 peratus beban hilang.
soalah sains baru nie pulak tak lah susah sangat, tapi tak senagn juga.. banyak jugalah soalan yang telah dibincang.. tapi budak2 kata solan kertas 2 susah... biasalah budak-budak...
Hadis 40 Imam Nawawi
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas
Hadis Keempat
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "
No comments:
Post a Comment