Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Thursday, October 15, 2009

jamuan rimup


Pada 14 oktober 2009, hari rabu baru nie sekolah buat jamuan rimup.. untuk perpaduan laaa katanya.. ikut laa apa-apa pun yang penting makan!!! haaa..haaa.. di hari itu juga ada majis anugerah kecemerlangan. kita bagi sijil dan cenderamata untuk pelajar yang cemerlang setiap kelas.. majlis dirasmikan oleh PPd dungun. pada hari itu pelajar di suruh memakai pakaian raya masing masing..
alahai beraya sakan la budak2 nie.. pelajar lelaki takdok masalah sangat.. cuma ada laa 3,4 orang yang memakai cermin mata hitam besar.. smart sangat la tu.. yang colour rambut pun ada.. cam orang ulu masuk bandar

tapi pelajar perempuan.. alahai.. bergaya sakan. yang mengalahkan artis pun ada..
yang terbelah...yang nipis, yang jarang, yang ketat.. macam-macam ada.. takut tengok..
astarfirullahalazim....

hanset pulak... wajib ada setiap orang.. yang canggih-canggih pulak tu.. kalah cikgu2. diorang ambil duit kat mana beli handset mahal-mahal..
yang ditakut sekarang nie.. macam2 ada dalam handset tu..
mak ayah kena ambil cakna sikit.. bahaya sangat2..
semakin canggih teknologi semakin mudah pengaruh tak baik menular..

suasana hari rimup smkdm 2009







macam kenal jo yang baju hitam tu?


makan janagan tak makan... nasi tambah satu!!


posing  control ayu...macammana cun tak?


nie tukang sibuk sekolah!!


sabar ustaz.. kan masuk spital pulak kang!!







menyediakan makanan untuk pelajar



berarak ke atas untuk menjamu selera... sabar



heii.. buat apo tu?

No comments:

Post a Comment

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi