Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Tuesday, June 29, 2010

Israel dan Bola Sepak

Sekarang nie musim piala dunia.. semua orang bercerita tentang piala dunia. tak kira budak, pelajar , dewasa, tok Imam, Bilal semua boleh dikatakan minat bola. di kesempatan semua umat islam sibuk dengan piala dunia
nie israel laknat telah mengambil kesempatan untuk menghancurkan umat islam di Palestine..
Sedarkah kita?



Sunday, June 27, 2010

Gerhana Bulan separa..





pada 26 jun baru nie.. kita sekali lagi dapat menyaksikan gerhana bulan separa. fenomena yang jarang2 berlaku nie menunjukkan kekuasaan ALLAH yang maha hebat kalau kita berfikir..


ramai yang sekadar melihat dan kagum begitu sahaja tanpa mengaetahuai apa yang sepatutnya kita sebagai umat islam lakukan.. malahan ada yang tidak tahupun gerhana bulan yang sedang berlaku..

kita sebagai umat islam disunatkan melakukan sembahyang sunat gerhana.

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.



disebabkan jarang2 berlaku, ramai yang lupa ataupun tidak tahu bagaimana hendak sembahyang sunat gerhana..
solat sunat gerhana nie ada sedikit perbezaan dengan solat sunat biasa.. ia ada 2 rukuk sebelum sujud.
tidak hairan lah baru nie ada yang tersalah sujud selepas rukuk kali pertama..  apa2 pun sekurang2 yang tersalah tu datang juga sembahyang gerhana..


di sini saya kongsikan cara untuk solat sunat gerhana. yang saya ambil dari blog ustaz azhar.




Cara Solat Sunat Gerhana
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! (Solat berjemaah )


أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى


Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :


Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I'tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir

Friday, June 25, 2010

Tahniah kepada Pelajar yang Berjaya!!

Pada minggu lepas ialah musim pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tawaran pergi ke universiti..
ada yang dapat matrikulasi, UITM, UIA, UDM, Politeknik.. tak kira lah kemana2 pun..
yang penting kita berjaya juga pergi ke menara gading..
yang tidak berjaya.. jangan putus asa...
teruskan usaha.. jangan berhenti separuh jalan.. banyak dah masa yang kita bazirkan. usaha lagi..usaha lagi.. usaha lagi...




saya percaya suasana itu merupakan satu pengalaman yang berharga buat pelajar2 dan keluarga walaupun kadang2 ianya memerlukan pengorbanan yang besar ibubapa. mereka terpaksa mencari wang, bergolak bergadai demi melihat anak2 dapat melanjutkan pengajian ke menara gading..
jadi anak2 pelajar yang berjaya.. hargailah segala pengorbanan mereka.. balaslah jasa mereka  dengan memberikan ijazah yang terbaik kepada mereka.
yang penting... jangan lupakan mereka setelah bekerja nanti..

cikgu ucapkan tahniah kepada semua yang berjaya...
sebenarnya perjalanan anda masih jauh.. jangan kecundang di tengah jalan..
jangan hancurkan harapan ayah bonda..
yang penting anak2 pelajar  :
  - jaga solat
  - jaga pergaulan
  - jaga aurat
 -  pilih kawan yang baik
 - janagn laro' dan belajar molek
 -  tunaikan amanah kita sebagai anak..


good luck!! selamat menjadi mahasiswa..!!!

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi