pada 26 jun baru nie.. kita sekali lagi dapat menyaksikan gerhana bulan separa. fenomena yang jarang2 berlaku nie menunjukkan kekuasaan ALLAH yang maha hebat kalau kita berfikir..
ramai yang sekadar melihat dan kagum begitu sahaja tanpa mengaetahuai apa yang sepatutnya kita sebagai umat islam lakukan.. malahan ada yang tidak tahupun gerhana bulan yang sedang berlaku..
kita sebagai umat islam disunatkan melakukan sembahyang sunat gerhana.
Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.
Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.
disebabkan jarang2 berlaku, ramai yang lupa ataupun tidak tahu bagaimana hendak sembahyang sunat gerhana..
solat sunat gerhana nie ada sedikit perbezaan dengan solat sunat biasa.. ia ada 2 rukuk sebelum sujud.
tidak hairan lah baru nie ada yang tersalah sujud selepas rukuk kali pertama.. apa2 pun sekurang2 yang tersalah tu datang juga sembahyang gerhana..
di sini saya kongsikan cara untuk solat sunat gerhana. yang saya ambil dari blog ustaz azhar.
Cara Solat Sunat Gerhana
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! (Solat berjemaah )
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I'tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
No comments:
Post a Comment