Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com
Friday, June 25, 2010
Tahniah kepada Pelajar yang Berjaya!!
ada yang dapat matrikulasi, UITM, UIA, UDM, Politeknik.. tak kira lah kemana2 pun..
yang penting kita berjaya juga pergi ke menara gading..
yang tidak berjaya.. jangan putus asa...
teruskan usaha.. jangan berhenti separuh jalan.. banyak dah masa yang kita bazirkan. usaha lagi..usaha lagi.. usaha lagi...
saya percaya suasana itu merupakan satu pengalaman yang berharga buat pelajar2 dan keluarga walaupun kadang2 ianya memerlukan pengorbanan yang besar ibubapa. mereka terpaksa mencari wang, bergolak bergadai demi melihat anak2 dapat melanjutkan pengajian ke menara gading..
jadi anak2 pelajar yang berjaya.. hargailah segala pengorbanan mereka.. balaslah jasa mereka dengan memberikan ijazah yang terbaik kepada mereka.
yang penting... jangan lupakan mereka setelah bekerja nanti..
cikgu ucapkan tahniah kepada semua yang berjaya...
sebenarnya perjalanan anda masih jauh.. jangan kecundang di tengah jalan..
jangan hancurkan harapan ayah bonda..
yang penting anak2 pelajar :
- jaga solat
- jaga pergaulan
- jaga aurat
- pilih kawan yang baik
- janagn laro' dan belajar molek
- tunaikan amanah kita sebagai anak..
good luck!! selamat menjadi mahasiswa..!!!
Hadis 40 Imam Nawawi
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas
Hadis Keempat
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "
No comments:
Post a Comment