Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com
Sunday, August 8, 2010
Kem Permata hati
Tempat : SMK Durian Mas
alhamdulillah 44 0rang pelajar tingkatan 1 dan dua telah terpilih untuk menyertai kem ini yang berlangsung di SMKDM selama 3 hari Duan malam. program ini di handle oleh consultant yang di jemput khas dari Kuala Terengganu dan diketuai oleh Ustaz Zul.
terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan program ini dan guru2 yang terlibat dalam menjayakan kem ini...
Tuesday, August 3, 2010
ramadhan.... aku menunggu mu!!!
isyallah pada 11 ogos 2010 ini. pertamanya marilah kita pakat berdoa kepada ALLAH SWT agar di panjangkan usia kita agar kita dapat merasai hidup dalam bulan yang pnuh berkat ini.
yang belum ganti puasa tu.... cepatlah slesaikanyan sementara masa masih ada beberapa hari lagi.
ya allah yang tuhan ku...
aku bermohon kpd mu agar pANJNgkn umur ku.
beriklah kesihatan yang baik kepadaku dan seluruh ahli keluarga ku..
agar dapat kami beribadat kepadamu di bulan yng penuh keberkatan nanti .
Amin..
guru boleh berpolitik..?
tak tahu sebab apa, tetapi ini memberikan banyak pro dan kontra..
dengan tugas yang begitu membebankan dan mencabar seorang guru sekarang ini.. adakah ini akan memberikan kebaikan jika guru2 menyibukkan diri untuk berpolitik..??
adakah ada agenda lain disebalik keputusan ini..
berpolitik pun berpolitik lah.. tapi jange sampai lupa diri dah laaa
masing -masing boleh memberikan pendapat sendiri...
yang penting buka minda... terokailah hati.
Monday, July 12, 2010
Awas dengan Ramalan Paul si sotong!!
Piala dunia telah melabuhkan tirainya semalam menyaksikan Spain menang bergaya menewaskan Belanda 1-0. sekarang nie masing-masing orang mengulas aksi perlawanan dan kehebatan pasukan Spain. bermacam macam cerita yang kita boleh dengar. apa yang nak di fokoskan kat sini adalah kemenangan pasukan Spain adalah tepat seperti apa yang diramalkan oleh si Paul, si sotong kurita. Setakat ini pada Piala Dunia 2010, Paul meramalkan dengan betul pemenang kelima-lima perlawanan Jerman. ketepatan ramalannya sebelum ini menyebabkan ramai yang memuja sotong tersebut.. sana sini semua bercerita tentang paul..
apa yang membimbangkan ialah perbuatan yang mempercayai tilikan sotong itu boleh menjadikan kita syirik kepada ALLAH. masyallah.. seperti yang semua tahu syirik merupakan dosa besar yang tidak akan diampun kan oleh ALLAH..

Mungkin ada juga yang menafikannya dan berkata,"Kami tak percaya mana pun , cuma main-main la... untuk suka-suka jer !".
Adakah elok/molek/comel kita
bermain-main dalam hal perbuatan yang berkaitan dengan dosa PALING BESAR di muka bumi ini?...
ingat!! !!! jika terdetik di hati anda tetang kebenaran ramalan tersebut, anda telah berdosa dan amal ibadat anda tidak akan diterima Allah selama 40 hari. Itu baru sekali percaya, kalau anda memang yakin pada ramalan tersebut, maka anda telah secara rasminya terjebak di dalam perbuatan syirik !
berhati-hatilah wahai orang islam.
ini adalah antara peringatan ALLAH tentang meramal nasib..

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, arak, judi, pemujaan berhala dan menenung nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor, keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya, moga-moga kamu berjaya.” (Surah al-Ma’idah ayat 90)
marilah kita pakat2 istigfar dan minta ampun dari ALLAH sebanyak2nya semoga kita diampun jika kita juga ada terlibat dalam perbuatan ini... sesungguhnya jika kita mati dalam keadaan syirik.. neraka ALLAHlah tempat kita diakhirat kelak... dan kita akan kekal didalamnya..
Tuesday, June 29, 2010
Israel dan Bola Sepak
nie israel laknat telah mengambil kesempatan untuk menghancurkan umat islam di Palestine..
Sedarkah kita?
Sunday, June 27, 2010
Gerhana Bulan separa..
pada 26 jun baru nie.. kita sekali lagi dapat menyaksikan gerhana bulan separa. fenomena yang jarang2 berlaku nie menunjukkan kekuasaan ALLAH yang maha hebat kalau kita berfikir..
ramai yang sekadar melihat dan kagum begitu sahaja tanpa mengaetahuai apa yang sepatutnya kita sebagai umat islam lakukan.. malahan ada yang tidak tahupun gerhana bulan yang sedang berlaku..
kita sebagai umat islam disunatkan melakukan sembahyang sunat gerhana.
disebabkan jarang2 berlaku, ramai yang lupa ataupun tidak tahu bagaimana hendak sembahyang sunat gerhana..
solat sunat gerhana nie ada sedikit perbezaan dengan solat sunat biasa.. ia ada 2 rukuk sebelum sujud.
tidak hairan lah baru nie ada yang tersalah sujud selepas rukuk kali pertama.. apa2 pun sekurang2 yang tersalah tu datang juga sembahyang gerhana..
di sini saya kongsikan cara untuk solat sunat gerhana. yang saya ambil dari blog ustaz azhar.
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Friday, June 25, 2010
Tahniah kepada Pelajar yang Berjaya!!
ada yang dapat matrikulasi, UITM, UIA, UDM, Politeknik.. tak kira lah kemana2 pun..
yang penting kita berjaya juga pergi ke menara gading..
yang tidak berjaya.. jangan putus asa...
teruskan usaha.. jangan berhenti separuh jalan.. banyak dah masa yang kita bazirkan. usaha lagi..usaha lagi.. usaha lagi...
saya percaya suasana itu merupakan satu pengalaman yang berharga buat pelajar2 dan keluarga walaupun kadang2 ianya memerlukan pengorbanan yang besar ibubapa. mereka terpaksa mencari wang, bergolak bergadai demi melihat anak2 dapat melanjutkan pengajian ke menara gading..
jadi anak2 pelajar yang berjaya.. hargailah segala pengorbanan mereka.. balaslah jasa mereka dengan memberikan ijazah yang terbaik kepada mereka.
yang penting... jangan lupakan mereka setelah bekerja nanti..
cikgu ucapkan tahniah kepada semua yang berjaya...
sebenarnya perjalanan anda masih jauh.. jangan kecundang di tengah jalan..
jangan hancurkan harapan ayah bonda..
yang penting anak2 pelajar :
- jaga solat
- jaga pergaulan
- jaga aurat
- pilih kawan yang baik
- janagn laro' dan belajar molek
- tunaikan amanah kita sebagai anak..
good luck!! selamat menjadi mahasiswa..!!!
Wednesday, May 12, 2010
dapat anak saudara baru..
pada hari Jumaat lepas.. abah mendapat anak saudara yang pertama.. anak pakdik dan makdik adik abah yang ketiga.. tahniah kepada mereka berdua kerana mendapat putera sulong..sekarang nie tok ayah dan Tok Ma sudah ada 3 cucu lelaki....
gambar tak dapat lagi... tak sempat nak balik kampung lagi.. hari sabtu nie ada buat kenduri kesyukuran..
tapi kitaorang tak dapat balik lagi.. ish...ish..ish...
sabor je laaaa
adik muhammad Aslam.... wellcome!
Saturday, March 13, 2010
Result SPM 2009

Monday, March 8, 2010
Ceramah Maulidur Rasul
tarikh : 3 Mac 2010
masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan D'mas Perdana.
selesai belarok... program diteruskan dengan ceramah.
best ceramah.. pelajar2 mendengarnya dengan kusyuk.
lepas ceramah ada cabutan bertuah dan kuiz..
berebut2 pelajar nak menjawab kuiz..
bagus...bagus.. bagus..
rugi sapo tak turun dengar ceramah.....
Hadis 40 Imam Nawawi
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas
Hadis Keempat
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "










.jpg)









