Menjadi guru disiplin merupakan satu tanggungjawab yang begitu berat untuk ditanggung. apatah lagi sebagai ketua disiplin sekolah. sekarang ini pula, Masalah disiplin di sekolah sekarang ini semakin teruk dari sehari ke sehari. malahan sehingga masalah ini adakalanya menjadi semakin parah sehingga menjadi kes jenayah. Jika anda seorang guru dan bertugas di sekolah sudah pasti anda tidak akan lari dari menghadapi masalah yang melibatkan disiplin pelajar.
Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com
Tuesday, July 28, 2009
Masalah disiplin
Menjadi guru disiplin merupakan satu tanggungjawab yang begitu berat untuk ditanggung. apatah lagi sebagai ketua disiplin sekolah. sekarang ini pula, Masalah disiplin di sekolah sekarang ini semakin teruk dari sehari ke sehari. malahan sehingga masalah ini adakalanya menjadi semakin parah sehingga menjadi kes jenayah. Jika anda seorang guru dan bertugas di sekolah sudah pasti anda tidak akan lari dari menghadapi masalah yang melibatkan disiplin pelajar.
Friday, July 17, 2009
sekolah ganti lagi
hampir separuh tak hadir.. yang hadir pulak, kena main kejar2 laa nak suruh ke dewan.
ok laa.. apo-apo pun esok kerja..
Sunday, July 5, 2009
Kem Elit PMR 2009
Wednesday, July 1, 2009
Bulan Rejab
Astagfirullahhalazim.....
KELEBIHAN BULAN REJAB
- Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
- Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
- Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
- Malam awal Rejab mustajab do’anya. (Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
- Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
- Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.
- Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
- Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
- Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
- Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
- Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
- Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
- Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam .
- Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
- Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
- Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
- Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
- Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
- Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim).
- Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA’ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA’ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
jadi tingkatkanlah amalan kita.. antara amalan yang di syorkan untuk bulan rejab ialah..
8 amalan yang baik untuk dilakukan dalam bulan REJAB ini:
@ Digalakkan bpuasa dlm bulan Rejab.
@ Hidupkan malam2nya dgn solat sunat, taubat, hajat dll.
@ Buat solat sunat Rejab 20 rakaat dgn 10 salam, waktunya selepas solat magrib hingga masuk waktu isyak aja. Bacanya…….
@ Bzikir “Lailahaillaulah” sebyak 1,000 setiap hari.
@ Selawati ke atas Nabi
@ Istifar byak2
@ Bersedekah “niatkan nama anak2 kita, ibubapa dan lain2″ semasa menghulurkannya.
@ Baca Al Quran atau baca surah ikhlas 11-12 kali setiap hari
Hadis 40 Imam Nawawi
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas
Hadis Keempat
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "