Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Friday, July 17, 2009

sekolah ganti lagi

Pada hari sabtu nie... esok laa, kitaorang kena sekolah pulak.. ganti untuk raya puasa nanti..
alahai boringnya..
dah dekat sebulan direct ada program hari sabtu.. sungguh membosankan.
kalau hari sabtu sekolah.. minggu tu akan rasa begitu panjang jo.. jenuh nak tunggu hari khamis..
walaubagaimanapun tugas tetap tugas.. nak buat gano.
pada hari sabtu minggu lepas ada program LaDap... latihan dalam perkhidmatan--- alaa yang buat kursus kat sekolah..
tajuk kursus pula pengurusan stok.. ..alamak boring betul laaa... dah laa tajuk boring, penceramah pula boring juga.. straight jo.. takdok point yang boleh menarik perhatian.. buat laa lawak sikit2.. lawak bodo pun kira ok laaa... nie kaunselor punya pasal la nie.. buat tajuk yang boring.. pilih laaa tajuk yang menarik dan tidak memboringkan...masalahnya hari tu boss kaunselor dok rilek di rantau abang.. program teknik menjawab..
dia rileks jo.. kitaorang disini menderita untuk habiskan kursus sampai kul 1.30 ptg.. alahai..
oleh kerana ceramah begitu mengasyikkan, macam-macam laa ragam yang dilakukan oleh guru2.. ada yang tido, bercakap, membebel, mengumpat, baca surat khabar, melukis dan sebagainya..
kalau pelajar buat gitu.. sah kena sekeh kepala dah...
satu jo yang menarik pada kursus hari itu...
masa balik kursus... ada jamuan nasi beriani... nasib baik best.. terubat juga hati yang lara..
berbalik kepada sekolah besok, dengar cerita nak buat ceramah israj mikraj kat dewan sekolah... nasib baik laaa.. kalau tak boring gak. lagipun budak2 nie kalau sekolah ganti meme malas...
hampir separuh tak hadir.. yang hadir pulak, kena main kejar2 laa nak suruh ke dewan.

ok laa.. apo-apo pun esok kerja..
terima kasih..

No comments:

Post a Comment

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi