Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Sunday, July 5, 2009

Kem Elit PMR 2009

pada 2 julai baru2 saya terlibat dengan kem elit pmr..
40 orang pelajar yang terpilih di smk durian mas dibawa ke Awang's Beach Resort, Rantau abng untuk kem teknik menjawab. belajar sambil makan2 angin di tepi pantai yang indah dan nyaman.
saya sebagai ajk yang bertugas selaku ajk keselamatan dan kerohanian terlibat sama bersama 3 orang guru lain dan juga my wife selaku guru kaunseling.. oleh itu kami pun membawala sekali 2 orang putera kitaorang untuk sama2 berehat ditepi panntai..
orang kata, bertugas sambil makan angin...
sampai sana jam 4.30 petang..
selepai minum petang dan sembahyang kitaorang semua beriadah di tepi pantai..
kesempatan ini Muhammad amin mandi manda di tepi pantai sambil bergolek2 bermain air ombak...
muhammad Iman asyik tidur memanjang... begitu nyenyak tidur di dalam air cond... nikmatnya... tidur dari petang sehingga pagi esoknya....
malam tu kita buat bacaan yasin dan sembahyang hajat..
selepas itu slot motivasi oleh cikgu musa.. habis kul 12.00 malam..
pagi esoknya jam 5.20 dah saya terpaksa bangun awal untuk sembahyang sunat dan subuh berjemaah.. pagi tu saya ditugaskan memberikan sedikit tazkirah kepada pelajar.. hentanm jo laa.. sekadar nak bagi peringatan jo.. nak ceramah lebih-lebih tak pandai jugak... cikgu sains laa katakan.
apa yang best kat awang nie ialah makanannya yang sedap sehingga menjilat jari... memang ok la pekej yang ditawarkan. tu pun dah naik dah berbeza dengan tahun lepas.. apa pun ok laaa..
malam tu kitaorang makan lauk ayam gulai, ikan keli goreng pedas, udang goreng dan lauk ikan kerapu sweet sour.. mmmmmmmmmmmmm best.. tapi perut dah kenyang makan bihun petang tadi... bihun nie makanan kegemaran saya... bihun sotong.. so bedal laaa..
kitaorang hanya bertugas pada malam tu jo... petang tu cikgu Anuad pula yang menggantikan kitaorang menyambung tugas..
kita orang sampai kat Durian mas jam 4.30 petang
apa-apa pun seronok juga buat kem kat luar nie..
sambil bertugas leh juga release tension.. yang penting Ilmu yang disampaikan dapat diambil sepenuhnya oleh pelajar. baru kira fair buat kat luar..

No comments:

Post a Comment

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi