Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Tuesday, July 28, 2009

Masalah disiplin



Menjadi guru disiplin merupakan satu tanggungjawab yang begitu berat untuk ditanggung. apatah lagi sebagai ketua disiplin sekolah. sekarang ini pula, Masalah disiplin di sekolah sekarang ini semakin teruk dari sehari ke sehari. malahan sehingga masalah ini adakalanya menjadi semakin parah sehingga menjadi kes jenayah. Jika anda seorang guru dan bertugas di sekolah sudah pasti anda tidak akan lari dari menghadapi masalah yang melibatkan disiplin pelajar.

kadang-kadang menjadi guru disiplin ini membuatkan kita dalam dilema.. tak mencara, sudah jadi tanggungjawab kita. Mencara pulak akan memberikan tekanan perasaan dan emosi pulak kepada kita. lebih2 lagi sekolah yang tiada kerjasama dari guru-guru untuk sama-sama menggerakkan badan disiplin.

di smk durian mas sendiri, rasanya tahun ini yang terburuk semenjak hampir 7 tahun saya berada disini.. pelajar sudah menjadi tahap kurang ajar dan biadap, tiada rasa hormat dan takut kepada guru.. malahan pula baru nie ketua disiplin telah bertukar ke sekolah lain. ketiadaan ketua disiplin yang memikul amanah menyebabkan pelajar semakin berleluasa dan berkeliaran seolah2 sekolah ini.. mak bapak dia yang punya. datang lewat, ponteng kelas dan merayau sudah menjadi kerja penting mereka. walaupun yang membuat masalah tidak ramai dan cuma sebahagian sahaja yang bersikap begitu tetapi puak2 nie lah yang akan menjadi barah dan virus kepada pelajar lain kalau tak dibendung awal-awal. Sepatutnya dahan yang dijakiti kuman kita cantas sahaja supaya tidak berjangkit kepada dahan lain. kalau kita sayang untuk cantas dahan yang dijakiti, kemungkinan kita akan kehilangan sepohon pokok. yang boleh dirawat insyallah kita rawat..
kalau kita hanya merawat tanpa membuang perosak kita akan rugi...

sekarang nie kalau diperhatikan, pelajar yang skema pun dah suka memoteng... rilek jo datang keselah pada jam 8.00 pagi. datang pagi-pagi pun pakat2 lepak di bas stand depan sekolah.. sambil2 hisap rokok. tak malupun kepada guru yang lalu lalang...

pada hari ini OCF balai polis AMBS buat perjumpaan dengan semua guru disiplin.
membincangkan kerjasama dalam mengatasi masalah disiplin dan berjanji akan memberikan kerjasama sepenihnya untuk basmi masalah disiplin disekolah ini... menurutnya beliau sebenarnya ditugaskan memantau disiplin sekolah setiap hari dan terpaksa menghantar laporan seminggu sekali. ini berikutan juga terkeluarnya 2 berita masalah disiplin pelajar di dungun baru-baru dalam surat khabar. OCF yang macam nie yang kita perlukan. sekurang2 nya ini akan menaikkan semangat untuk terus memperkasakan disiplin ini.

daripada semangat OCF itu memberikan saya sedikit harapan untuk memperkasakan semula disiplin di smk durian mas kerana Sebagai SU lembaga Disiplin, adalah menjadi tanggungjawab saya juga untuk sama2 memperkasakan masalah ini. yang penting kesungguhan dan keseriusan pihak pengurusan, sokongan unit disiplin dan kerjasama dari guru-guru adalah senjata yang paling penting sekali untuk perkara ini.

semoga kami diberikan kekuatan dan yang penting kesabaran untuk teruskan perjuangan yang belum selesai ini..

"Kemantapan Disiplin Pemangkin Kecemerlangan"



No comments:

Post a Comment

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi