Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com
Monday, October 19, 2009
Selamat Tinggal Syawal
yang sedihnya tahun ini juga saya gagal untuk puasa Enam. yang mana pahalanya seperti puasa setahun. satu kerugian yang amat besar.. tak tahu lah Allah memberikan kesempatan atau tidak untuk kita menemui syawal pada tahun hadapan..
ya.. Allah ya tuhanku
aku memohon kepada mu...
ampunkanlah segala dosa-dosaku..
Dosa kedua-dua orang tua ku..
dosa Ahli keluarga ku..
masukkan kami dalam golongan yang diberkati mu..
panjangkanlah umur kami jika itu lebih baik buat kami..
murahkanlah dan berkatilah rezeki ku...
berikalah kekuatan kepada kami untuk melakukan ibadat kepadamu
berikanlah kekuatan untuk mendidik anak2 kami
jadikanlah kami anak2yang soleh..
kurniakanlah kepada ku keluarga yang soleh dan solehan..
jadikalah anak-anak kami orang yang soleh, taat kepadamu,
salah seorang yang menghafal al quran mu..
berikanlah hidayah kepada kami dan seluruh ahli kelurga kami..
semoga kami semua termasuk dalam golongan ahli syurgamu...
amin..
Thursday, October 15, 2009
jamuan rimup
alahai beraya sakan la budak2 nie.. pelajar lelaki takdok masalah sangat.. cuma ada laa 3,4 orang yang memakai cermin mata hitam besar.. smart sangat la tu.. yang colour rambut pun ada.. cam orang ulu masuk bandar
tapi pelajar perempuan.. alahai.. bergaya sakan. yang mengalahkan artis pun ada..
yang terbelah...yang nipis, yang jarang, yang ketat.. macam-macam ada.. takut tengok..
astarfirullahalazim....
hanset pulak... wajib ada setiap orang.. yang canggih-canggih pulak tu.. kalah cikgu2. diorang ambil duit kat mana beli handset mahal-mahal..
yang ditakut sekarang nie.. macam2 ada dalam handset tu..
mak ayah kena ambil cakna sikit.. bahaya sangat2..
semakin canggih teknologi semakin mudah pengaruh tak baik menular..
suasana hari rimup smkdm 2009
Wednesday, October 14, 2009
Abis doh perekso PMR
lagipun pada 7-12 okt baru nie kena mengawas peperiksaan di SMK Ketengah jaya.. so tak sempatlah nak buka internet..
biasanya saya up date my blog semasa free di sekolah.. kat rumah tak boleh buat kerja..
baru jo buka laptop.. abang long nak tengok cerita upin dan ipin.. nampak laptop gak upin selalu..
walaupun setakat nie dah beratus kali tengok.. besar jugak pengaruh ipin kepada anak-anak...
biasanya anak-anak tidur baru boleh buka laptop.. tetapi kebanyakkanya saya jugak tidur..
walaubagaimanapun alhamdulillah perekso PMR dah berakhir.. ringan sikit beban saya.. maklumlah.. borong 4 kelas tingkatan tiga.. so sekarang ini terasa kenikmatan datang sekolah.. hampir 80 peratus beban hilang.
soalah sains baru nie pulak tak lah susah sangat, tapi tak senagn juga.. banyak jugalah soalan yang telah dibincang.. tapi budak2 kata solan kertas 2 susah... biasalah budak-budak...
Monday, September 28, 2009
Rayaaaaaaaaaaaa
raya tahun ini pun tidak pergi mana-mana pun . just beraya kat sekitar kampung jo..
aktiviti pulak cam biasa.
Nak keluar beraya atau nak masuk bandar.. jem teruk. kereta bersusun..tambahan cuti panjang nie ramai laa anak-anak kelantan di perantauan pulang ke kampung. lagipun anak2 kelantan nie.. kalau raya tak sah kalau tak balik kampung.. walaupun jauh diperantaun .. kampung tidak sesekali lupa.lebih2 lagi pasaraya sekarang ini banayk yang baru naik di kota bharu.. kalau nak raya .. nak shopping pun susah..
tu pun orang kata kelantan nie mundur lagi.. pembangunan begitu pesat.. bagi saya kalau nak bandingkan dengan kuala terengganu, kuantan dan alor star.. kelantan lagi maju.. tak tau laaa..
cerita pasal beraya nie... kitaorang beraya di rumah pun.. agak letih melayan tetamu yang hadir.
tak putus-putus... tapi budak2 yang hadir tahun ini agak kurang sikit berbanding tahun lepas..
ini kami masukkan sedikit gambar kenangan dihari raya.. tak sempat nak ambil banyak.. bateri habis. lupas nak cas.. di kesempatan ini kami ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali kami jika ada kesilapan yang dilakukan samaada perbuatan, pertuturan, penulisan dan sebagainya sama ada sengaja ataupun tidak sengaja..
selamat hari raya..
jangan lupa puasa 6 pulak..
Friday, September 11, 2009
AURAT DENGAN KELUARGA YANG BUKAN MAHRAM
AURAT DENGAN KELUARGA YANG BUKAN MAHRAM
Beberapa hari lagi akan berakhirnya bulan ramadhan yang berkat ini dan tidak tahu sama ada kita boleh menyambutnya atau tidak pada tahun hadapan. Sehubungan dengan itu pula akan tiba hari Raya. Hari raya merupakan hari menggembirakan. Lebih-lebih lagi kita semua dapat berkumpul bersama ibubapa dan seluruh ahli keluarga. Pasti suasana begitu riang dan meriah.
Tapi apa yang kita semua sering lupa dan abaikan ataupun tidak mengambil berat ialah aurat di dalam keluarga yang bukan mahram. Ada yang selama ini menjaga batasan aurat dengan baik tetapi sebaik berkumpul dengan keluarga bab aurat ini dilupakan.
Walaupaun kita sesama keluarga tetapi jangan lupa ada yang ahli keluarga kita merupakan bukan mahram kita. Dan adalah haram jika kita bersalaman dan mendedahkan aurat kita kepada mereka :
Antara ahli keluarga terdekat yang bukan mahram kita :
1. Ipar Duai kita ( Abang Ipar/adik Ipar/kakak ipar)
2. Isteri kepada Bapa Saudara kita/ suami kepada ibu saudara kita
3. Sepupu kita
Kadang-kadang kita merasakan begitu rapat dengan mereka menyebabkan kita merasakan tak perlu menutup aurat. Ada juga ahli keluarga kita yang tegur “ hei.. dalam rumah pun pakai tudung tu kan waris kita” tetapi aurat tetap aurat dan perlu dijaga.
Pernah suatu masa Nabi Muhammad S.A.W ditanya tentang Ipar. Baginda Menjawab. Ipar adalah Maut.
Ini menunjukkan bahanyanya Hubungan Ipar Duai ini jika kita tidak menjaga batas pergaulan dan Aurat.
Oleh itu peringatan kepada semua wanita agar mengambil berat perkara ini semoga puasa yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dan diterima oleh ALLAH
Bagi kaum lelaki pula, tegur lah isteri anda dan anak-anak anda serta ambil cakna perkara tersebut supaya anda tidak menangung dosa diakhirat nanti.
FIRMAN Allah bermaksud: “Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya),
kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nur, ayat 31)
sebenarnya sudah jelas, Selain yang dinyatakan oleh ALLAH dalam firmannya diatas, semuanya adalah dilarang mendedahkan aurat kita dan bersentuhan walaupun untuk besalaman di Hari Raya.
Marilah kita pakat-pakat menjaga aurat kita. semoga mendapat keberkatan oleh ALLAH sentiasa.. Amin..
Penghabisan Stok
Contoh terbaik dalam menghidupkan malam Lailatul Qadar ialah amalan Rasullullah.Daripada Aisyah r.a katanya: "Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)"
Wednesday, September 9, 2009
trial pmr 2009
pada minggu lepas juga saya dapat pula jadual yang baru.. nie gara2 adala cikgu yang bersalin..
so dapat la pula satu lagi kelas tingkatan 3. kelas paling depan pulak tu.. alahai... nak habiskan tanda kerts 4 kelas nie malas laa jugak.. kelas target. pereksa baru habis hari rabu 8/9/09. nampak nya budak 2 macam merdeka sahaja.. padahal pereksa sebenar tak lama dah..
camna nak buat 2 hari sahaja nak pecut sains nie....kalau ikut kertas jawapan yg diperiksa, alahai teruk laaa juga.. kelas depan pun lebihkurang kelas belakang jugak..
camna nak buat ek?????
apa2 pun dengan masa yang masih tinggal nie... usaha perlu di teruskann. yang penting... usaha dan tawakkal.
insyallah akan diberikan kejayaan oleh Allah nanti.
Monday, September 7, 2009
nuzul al quran
uzul Al-Quran
Wednesday, September 2, 2009
AKU BIMBANG

Monday, August 31, 2009
Salam KeMerdekaan

More MERDEKA graphics
negara kita sudah 52 tahun merdeka... tapi adakah diri kita telah merdeka ataupun terus dijajah?
merdekakanlah diri kita dari penjajahan untuk betul-betul merasai nikmat merdeka.
MERDEKA!!! merdeka!!!
Hadis 40 Imam Nawawi
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas
Hadis Keempat
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "










