Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Tuesday, April 21, 2009

Pemilihan Pimpinan pas- pilihlah yang terbaik



Isu yang paling hangat sekarang ini ialah berkenaan dengan muktamar Pas yang akan berlangsung tidak lama lagi.. isu pasal pemilihan saf pimpinan PAS yang baru yang akan membawa halatuju perjuangan PAS dimasa hadapan.
Masing masing mengemukan pendapat dengan cadangan saf kepimpinan masing masing. ada yang inginkan perubahan dengan golongon muda mengambl alih, ader yang tidak berkenan dengan ketegasan presiden dan bermacam-macam lagi. ader yang terpengaruh dengan perubahan pucuk pimpinan yang baru barian nasional dengan mengharapkan agar Presiden Pas juga mengalami perubahan untuk bersaing dengan Najib Tun Razak
apa yang perlu diingatkan ialah.. Parti Pas tidak sama dengan parti lain, tidak sama ngan UMNO, Keadilan dan lain-lain. . Pas memang parti yang mengamalkan demokrasi, tiada sistem kouta,  semua boleh memilih tetapi perlu diingat, Perjuangan PAS adalah untuk mendaulatkan Islam, jadi pilihlah pemimpin yang terbaik. PAS juga  ada majlis syura yang berkuasa untuk mengawal agar matlamat perjuangan sentisa tidak lari dari prinsip yang asal.
antara yang terhangat yang dibincangkan  sekarang ini ialah untuk pemilihan jawatan utama parti PAS.  Presiden, timbalan Presiden dan naib presiden. tidak dinafikan semua calon yang diketengahkan adalah layak dan boleh buat kerja. tapi yang susahnya hendak mencari yang benar-benar layak adalah susah..
 setiap bahagian semolek-moleknya membuat solat istikarah sebelum pengundian semoga diberikan pertunjuk oleh ALLaH S.W.T.
dalam perkembangan sekarang, ramai yang mencadangkan Tuan guru Nik Aziz untuk bertanding jawatan Presiden mencabar Tuan Guru Hj Abd Hadi. Ini berikutan sedikit perselisihan pendapat antara TGNA dan TGAH baru-baru ini yang mencerminkan ketegasan TGNA dalam perkara tersebut. sebenarnya, ramai yang lupa, walaupun TGNA bukan Presiden, tapi beliau merupakan Mursidul AM, yang mana jawatan beliau diatas dari presiden. beliau berkuasa untuk menasihat dan menjadi tempat rujukan didalam PAS. jadi tidak timbul soal untuk tuan guru untuk bertanding jawatan Presiden. lagipun kesihatan beliau sekarang agak tidak mengizinkan untuk terus dengan bebanan yang berat tetapi beliau masih diperlukan untuk terus menjadi mursidul AM yang bertanggungjawab sebagai penasihat Parti PAS supaya tidak lari dari perjuangan yang utama.
jadi, untuk pemilihan yang akan datang ini, diharapkan perwakilan boleh membuat pilhan yang bijak, tidak salah untuk perubahan dengan memilh pimpinan baru dan yang profesional tetapi sebaik-baiknya biarlah pimpinan yang tertinggi adalah seorang ulamak. setidak-tidaknya jika ada yang terhanyut atau tersasar, ketua boleh membawa kembali ke matlamat yang asal..
pimpinan yang baru, yang muda adalah perlu tetapi orang lama lebih perlu..tanpa yang lama tidak akan ada yang baru. yang penting matlamat dan perjuangan tetap diteruskan. jangan kita sibuk menawarkan diri untuk bertanding jawatan, tetapi apabila kita terpilih, kita mesti memikul amanah dengan sebaik-baiknya, sesungguhnya Amanah ini amat berat.
Sesungguhnya Pertandingan, komen, teguran  itu adalah sesuatu yang sihat tetapi jangan biarkan pihak-pihak lain mencari sedikit kelemahan yang tertonjol untuk menghentam PAS. jadi pilihlah dengan bijak. yang penting  PAS tunjukkan perbezaan parti PAS dengan parti yang lain dan menjadi contoh parti yang mengamalkan demokrasi yang terbaik.
berikut antara calon-calon famous untuk pemilihan pemimpin PAS.

Sunday, April 19, 2009

Pergolakan PKR- apa masalah sebenarnya..



Selepas satu, kini  menjelma satu lagi  masalah yang melanda PKR. sekarang nie kita akan menghadapi satu lagi pilihan raya iaitu Dun penati setelah Bekas Tim menteri 1 fairuz  khairuddin meletakkan jawatannya sebagai adu penati.. dan jawatan Tim Menteri 1  sebelum itu.. oleh itu sekali lagi kita akan menghadapi satu lagi PR kecil. ini merupakan pR yang ke 5 dalam penggal ini...
kita lihat bermula dengan KOnflik yang berlaku di perak dengan 2 orang adun membebaskan diri mereka dengan menyokong barisan Nasional sehingga menumbangkan kerajaan PR Perak, diikuti dengan kes Arumugam  di Kedah dan yang terbaru di Pulau pinang walaupun sudah lama bergoncang...
walaupun ada kes yang telah selesai.. seperti mendapat mandat balik di bukit Selambau, Boss PKR dato seri Anwar Ibrahim mestilah duduk semeja mencari penyelesaian permasalahan tersebut.. semua parti mempunyai masalah dalaman, tetapi jangan sampai permasalhan dalaman PKR di dedah keluar sehinggakan  memberiakan kesan yang besar kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Sepatutnya masalah dlaman di selesaikan dengan bermesyuarat dan berbincang peringkat dalaman parti. parti bagaikan suatu keluarga, jangan dedah keluarkan masalah peribadi kat orang luar, duduk berbincang dan cuba selesaikan dengan apa cara pun...
sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula parti yang berbilang kaum dan perangai manusia..
Dengan kemenangan yang agak tipis, kes lompat parti merupakan satu kes yang besar sehingga boleh menukar kerajaan.. setiap Pemimpin mestilah di tarbiah dengan kemas dan kukuh supaya perjuangan selama ini tidak berkubur di tengah jalan. 
Cuba-cuba lah, dato Anwar merendahkan diri, jumpa pemimpin-pemimpin , duduk berbincang bagaiman nak perkuatkan tarbiah pemimpin parti supaya betul -betul memahami perjuangan sebenar parti. jangan hanya perjuangan untuk kekuasaan, kebendaan dan kesenangan.
Setiap pemimpin adalah memegang amanah yang amat berat, setiap amanah akan di soal di akhirat nanti..
kalau kita lihat kerajaan PAS kelantan 2004, dengan hanya majoriti yang begitu nipis 1 kerusi sahaja yang membezakan dengan pembangkang, tetap boleh bertahan sehingga akhir PR12 dan akhirnya alhamdulillah boleh menguasai semula Kelantan. denagn majoriti 1 kerusi dan kelebihan undi cuma 2 undi sahaja di dun macammana UMnO tidak dapat merampas kembali kelantan dan mempengaruhi ADU-adun PAS. adakah tiada tawaran daripada BN? Ini adalah kerana tarbiah dari pemimpin PAS yang begitu baik kepada setiap pemimpin. setiap pemimpin PAS bukan sibuk untuk menjadi calon tetapi dipilih untuk memikul amanah menjadi calon.tanpa kekuatan dalaman,  menjadikan calon PAS merupakan beban yang begitu berat yang terpaksa ditanggung. pemimpin yang baik ialah pemimpin yang berjuang bukan kerana kuasa, jawatan ataupun kesenangan tetapi kerana ALLAH yang maha pencipta untuk menjayakan perjuangan parti..
ini kebanyakkan pemimpin PKR masih belum betul-betul menghaayati Prinsip perjuangan sebenar parti. ada sesetengah masih membawa budaya dalam UMNO dahulu. dan perjuangan adalah tidak begitu ikhlas dengan ader yang berebut jawatan dan sanggup menikam kawan dari belakang. diharapkan semaunya mengambil pengajaran sementara rakyat masih lagi memberi peluang..
diharapkan PR masing masing mengukuhkan dahulu tarbiah ahli parti masing-masing untuk menjadi Pakatan yang untuh dan tidak rapuh untuk ditumbangkan.
antara artikal berkenaan PKR

Sunday, April 12, 2009

Kabinet Malaysia 09- Ketua Pemuda Umno Terpinggir?




pada 8 april 2009 baru nie, najib telah mengumumkan kabinet yang baru dengan mottonya, satu malaysia, rakyat didahulukan, prestasi diutamakan dengan mengugurkan beberapa muka lama dan memasukkan separuh muka yang baru..
persoalannya mampukan kabinet ini benar-benar bersih dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah?
kenapa beberapa muka lama digugurkan? adakah diorang tidak bersih? ataupun prestasi tidak begitu memberangsangkan? adakah diaorang orang-orang Tun Paklah yang menggangu pentadbiran Najib? apa-apapun hanya Najib dan rakan-rakan yang mengetahui dan kita cuma boleh membuat andaian berdasarkan apa yang kita lihat dan fikirkan...
kalau ikutkan Motto najib, agak menarik la jugak... rakyat didahulukan? macammana tu? jangan hanya menabur janji untuk menyakin rakyat sahaja.. mestilah didahulukan dengan perbuatan.. jangan ia umpama slogan awal untuk kelihatan menarik sahaja.. ramai lagi rakyat yang kesusahan yang perlu dibantu. tanpa mengira agama, kaum ataupun politik. kita cuba lihat dalam masa terdekat apa yang beliau akan lakukan untuk rakyat.. semoga jangan cakap tidak serupa bikin.
apa yang saya tertarik dalam kabinet ini, ketua sayap penting UMNO iaitu ketua pemuda umno Khairy jamaluddin tidak mendapat tempat di dalam kabinet Najib. sedangkan sayap yang lain semuanya mendapat tempat..
Ketua Wanita- kembali menjadi Menteri
Ketua puteri- menjadi Timbalan Menteri.

Apakah kesalahan Khairy ataupun beliau dipinggirkan begitu?
PATTAYA 11 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak diberi jawatan dalam senarai Kabinet baru kerana memberi kerjasama kepada Khairy untuk menjalankan tugasnya.
Sebagai Ketua Sayap UMNO yang berpengaruh sudah tentu ini mencabar kewibawaan beliau...
tidak mendapat jawatan apa-apa sedangkan Tim Ketua Pemuda pula mendapat tempat, Datuk Razali di pilh menjadi timb. menteri Belia dan Sukan. adakah Khairy tidak layak untuk jawatan itu? yang begitu menyedihkan pencabar Khairy yang tewas , Datuk Mukhriz juga mendapat tempat sebagai Tim Menteri walaupun berada di kedudukan yang paling bawah semasa pemilihan baru ini.
RAWANG: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sedia menjadi gurkha Umno bagi memastikan parti berjaya mengembalikan keyakinan rakyat, terutama generasi muda terhadapnya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak berhenti daripada membuat spekulasi dan buruk sangka atas keputusan pucuk pimpinan negara tidak menyenaraikannya dalam barisan Jemaah Menteri yang baru.

“Saya tidak kecewa, jauh sekali berkecil hati dengan keputusan Perdana Menteri (tidak dilantik dalam Kabinet). Saya bersedia berkhidmat sebagai gurkha Umno sekalipun bagi memperkukuhkan dan menarik semula minat rakyat terhadap parti.
Adakah anda percaya Khairy tidak kecewa?Marah? Sedih? tipu... sebagai manusia biasa mana boleh tidak kecewa, mesti kecewa... tapi kalau kecewa pun , dah orang tak pilih nak buat guana? baik dia cuba ubat hati sendiri..
Apa-apa pun, diharapkan agar kabinet baru betul-betul dahulukan rakyat, dan jangan bebankan dan menyusahkan rakyat yang sudah sedia terbeban dengan kesan kejatuhan ekonomi sekarang nie..
ini adalah senarai menteri dan Tim menteri dalam kabinet 2009.

Thursday, April 9, 2009

Penyokong RED WORRIORS MENGAMUK


Penyokong RED WORRIORS MENGAMUK…
 





PENYOKONG Kelantan bertindak liar dengan menterbalikkan trak polis sebelum membakarnya kerana tidak berpuas hati dengan kekalahan 1-0 pasukan mereka kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu. Malah, 10 buah kereta lain turut menjadi mangsa samseng bola sepak ini hingga memaksa pihak polis melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan kekecohan. – UTUSAN/ROSNI MASRI







Semalam saya lihat berita tv3.. saya tertengok satu berita..
Satu isu yang boleh dianggap besar dan memalukan.. penyokong pasukan bolasepak kelantan mengamuk. Trak polis dibakar, cermin kenderaan awam dipecahkan, botol minuman dan mercun dibaling ke dalam padang .. begitu ganah, bodoh dan kurang cerdik .. sebabnya.. KALAH BOLA DENGAN NEGERI SEMBILAN.
Berita ini amat memalukan diri saya sebagai orang kelantan… negeri Serambi Mekah dan ditadbir oleh tok guru tetapi rakyatnya macam orang kurang cerdik… walaupunhanya segelintir yang bersikap demikian.. ini menyebabkan semua rakyat kelantan terpalit dengan gelaran suka bergocoh ataupun kedebe.
“ seekor kerbau membawa Lumpur, semuanya terpalit.sudah  Lama dah saya tak mendengar tentang keganasan macam nie..
Kalau buat Demonstrasi kerana ada orang menghina islam, ataupun orag mencerca agama, bangsa ataupun menindas umat islam. Takpo laa.. ini kerana kalah main bola 1-0. begitu cetek pemikiran.. macam budak sekolah rendah. tapi Kalau perkara sensitivity umat islam pakat senyap sepi  pulak.. tak berani nak mengamuk..
Alahai dunia semakin terbalik
Dalam wawancara tv3 dengan tok guru semalam, beliau melahirkan kekecewaan yang amat sangat dan memohon agar peristiwa itu yang terakhir buat negeri Kelantan. Pengurusan KAFA pula, buat laa pemilihan pemain betul-betul, yang panas baran tu tak payah la ambil biar dia jaga lembu jo. Buat menyusahkan jer..

 Beliau berkata, Kelantan terkenal dengan gelaran-gelaran yang 'baik-baik' termasuk 'bumi tadahan wahyu' - namun kejadian semalam memberikan gambaran sebaliknya.
''Saya sangat dukacita dengan apa yang berlaku dan mudah-mudahan ia tidak lagi berulang dan biarlah ini yang terakhir," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Apa-apa pun penyokong Red Warrior  jangan mudah melatah.. kebodohan segelintir anda akan memberikan padah kepada pasukan kita.. lihat sekarang ini pasukan  sudah tidak boleh bermain di Kelantan dan akan dikenakan tindakan tartatertib..
Semoga ini menjadi yang terakhir yang berlaku di kelantan. Kan orang kelantan terkenal dengan sikap, sopan santun, berjurus dan berpengetahuan dalam agama.  “ sabar itu kan sebahagian dari Iman”
Buang yang keruh , ambil yang jenih.. jangan ikutkan Nafsu yang bergelora… insaflah

Keputusan Pilihan raya- Seorang dapat satu




PILIHANRAYA 7 april 2009
Keputusan Pilihan Raya Kecil
Bukit Gantang:
Dato’ Seri IR.Nizar Jamaluddin - 21,860
Ismail Saffian - 19,071

PAS menang dengan Majoriti 2,789

Bukit Selambau:
S.Manikumar (PKR) - 12,632
S.Ganesan (BN) - 10,229

PKR menang dengan 2,148
Batang Air:
Malcom Mussen Lamoh (BN) - 3,907
Jawah Gerang  (PKR) - 2,o53

BN menang dengan majoriti 1,854

Debaran menunggu keputusan di dua Bukit dan satu Batang sudah terjawab. Pakatan Rakyat masih bertahan di atas Bukit Bukit mereka dan BN pula masih teguh memegang satu satunya batang mereka di Sarawak.
Keputusan ini menampakkan Pakatan Rakyat sebagai jaguh di kawasan Bukit dan BN pula sebagai jaguh di sekitar Batang. Jika ada pertandingan di Bukit Berapit sudah tentu Pakatan akan menang, tetapi pasti kalah di Batang Berjuntai.
Keputusan pilihanraya semalam menyaksikan PAKATAN RAKYAT memenagi 2 kerusi berbanding dengan BN.. walaupun kemenangan boleh satu seorang tetapi dari segi moralnya melihatkan sokongan yang masih untuh rakyat kepada pakatan Rakyat..
Daripada analisis penganalisa bebas yang bersembang di astro Awani mengatakan banyak kelebihan yang dipunyai oleh Pakatan rakyat menyebabkan kemenangan yang meningkatnya sokongan majority rakyat kepada mereka disamping kelemahan-kelemahan UMNO yang masih ketara walaupun baru berlakunya peralihan kuasa .
Walaupun PM baru menjanjikan Pelbagai perubahan , itu masih tidak cukup untuk menyakinkan rakyat.. parti bebas pula kena menerima hakikat kemasukkan anda bertanding tidak dapat mengubah apa-apa dan sekadar buat sibuk je.. sampaikan ada yang tidak dapat undi ape-aper… hilang sahaja wang pertaruhan. Baik derma kepada masjid yang menjaminkan pulangan yang lumayan diakhirat kelak..

Walaubagaimanapun polihan raya telah berakhir dan terpulang kepada pengundi masing-masing untuk melihat keupayaan wakil yang dipilih.. kesilapan anda memilih menyebabkan 4 tahun lagi untuk perubahan.Syabas kepada pemenang-pemenang dan  Semoga wakil yang dipilih dapat menjalankan tugas dengann penuh amanah, jujus dan ikhlas..



(KIRI) MALCOM Mussen Lamoh (kanan) bersama Timbalan Presiden PBB, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg (kiri) dan Presiden PRS, Datuk Seri James Masing (tengah) bersama penyokong meraikan kemenangan BN di Kompleks Sukan Lubok Antu malam tadi. – UTUSAN/ZULAZHAR SHEBLEE
(KANAN) Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (tengah) bersama Timbalan Presiden Pas, Nassaruddin Mat Isa mengangkat tangan setelah memenangi Pilihan Raya Parlimen Bukti Gantang di Dewan Perbandaran Taiping, malam tadi. – UTUSAN/Ahmad Zakki Jilan

Tuesday, April 7, 2009

Mari mengundi!!




Hari ini 7 april 2009 merupakan hari mengundi bagi 3 pilihanraya yang diadakan serentak di 3 buah negeri,
Bukit gantang
Bukit selambau
Batang ai
pilihanraya ini masing-masing merupakan perkara yang penting bagi 3 parti besar yang bertanding...
masing-masing ingin membuktikan mereka menjadi pilihan Rakyat..
Barisan Nasional yang bertukar teraju utama mereka mahu kemenangan ini menjadi kemenangan pertama untuk permulaan yang baik Datuk Seri Najib sebagai presiden Umno.pilihan raya ini merupakan langkah permulaan beliau untuk misi yang seterusnya..
Bagi PAS , Pilihan raya  ini penting untuk menunjukkan sokongan padu rakyat kepada PAS/PR ataupun lebih Khususnya kepada Datuk Seri Nidzaryang  merupakan Menteri Besar Perak. Kemenangan menunjukkan Rakyat masih menaruh kepercayaan kepada beliau...
kemenangan pas juga menunjukkan rakyat tetap menolak pinpinan baru UMNO diBawah Datuk Najib..
bagi PKR pula kemenangan ini memberikan kekuatan dan mengukuhkan lagi PR kerana sokongan rakyat dan menafikan perpecahan dan konflik di dalam PKR ataupun Pakatan Rakyat sendiri. ini boleh menunjukkan adu2 yang melopat parti itu tidak menjejaskan PKR itu sendiri..
bagi calon bebas saya tidak nampak apakah kepentingan mereka melainkan sekadar mencuba nasib dengan tidak mengukur baju dibadan sendiri..
saya rasakan usaha mereka sia-sia sahaja dan mengabiskan boreh jo...
baik guna duit itu untuk tujuan yang lain yang lebih berfaedah..
kalau satu lawan satu tu insyallah... ini calon bebas sahaja pun dekat 13 orang..
apao -apo pun kita hanya merancang.. sebaik-baik perancangan hanya ALLAH SWT..
waktu pilihan raya macam Pakcik  suka tengok poster-poster yang digantung dengan pelbagai jenis dan berbagai kreativiti... pilhlah pemimpin yang terbaik dan yang penting boleh mendekatkan diri kita kepada pencipta.. ALLAH SWT. memilih pemimpin yang baik adalah kewajipan kepada kita semua. selamat mengundi kepada Rakyat di 2 bukit dan satu Batang..
berfakirlah dengan akal dan hati dan jangan berfikir dengan Nafsu..

selamat mengundi!!

Monday, April 6, 2009

Kebebasan Media




Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penggantungan dua akhbar rasmi pembangkang.. iaitu HaraKAH dan SUARA KEadilaN..

pergantungan ini melihatkan seakan-akan matinya kebebasan  media,
lebih-lebih lagi dekat-dekat dengan pilihanraya yang akan berlangsung pada 7 hd 4 2009 ini.
pihak kerajaan seperti takut untuk berdepan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh media PR ini sedangkan pihak kerajaan mempunyai berbagai-bagai media untuk menangkis cerita yang disiarkan oleh lidah PR itu.

kalaupun tuduhan itu merupakan fitnah, pihak yang bertanggung jawab boleh mengambil tindakan saman akhbar itu...

Didalam ke kekalutan dan kebisingan bantahan yang dilakukan..
akhirnya perdana menteri yang baru Datuk Seri najib akhirnya dalam ucapan sulungnya menarik semula penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan.

keputusan itu disambut baik oleh Pakatan Rakyat dan Dato'Anwar Ibrahim. Katanya, tindakan menarik balik larangan penerbitan dua akhbar berkenaan adalah satu perkembangan yang baik dan berharap ia bukan untuk tempoh tertentu sahaja.


"Saya sambut baik keputusan itu tetapi ia tidak boleh jadi bahan mainan orang politik untuk kepentingan semasa. Kita harus betulkan undang-undang yang mencengkam kebebasan. Dua hari sudah, Suara Keadilan dan Harakah dianggap tidak wajar tetapi hari ini boleh, nanti bulan depan tekan lagi," katanya selepas menghadiri dialog bersama badan bukan kerajaan di sini hari ini



apapun diharapkan kebebasan dan demokrasi di negara kita yang tersayang ini akan semakin baik..  apa-apa pun marilah kita berfikir menggunakan hati kita dan bukanya menggunakan akal semata-mata ataupun menggunakan nafsu kita...


semoga kita mendapat keberkatan daripada ALLAH sentiasa.



Sunday, April 5, 2009

PM kita yang ke 6




alhamdulillah...

pada 5 april 2009 kita telah mendapat lagi seorang perdana menteri yang baru... Perdana Menteri Yang Ke 6

Datuk Seri Najib Tun razak... yang menggantikan Pak lah yang menyerahkan tugas kepada najib secara peralihan kuasa...
sekarang ini Pak Lah kita tersenyum simpul setelah dianugerahkan gelaran TUN
bersama dengan isteri tersayang tun JEans .. akhirnya dapat juga TUN.. selepas ini bolehlah Paklah berbulan madu setelah hari tu tak sempat.. semoga dikurniakan seorang anak yang comel.. ( cuma selepas ini apakah perasaan paklah semasa dewan parlimen bersidang... adakah paklah akan duduk sebagai ahli parlimen biasa ataupun bercuti terus.. sedangkan paklah masih lagi ahli parlimen kepala batas..??)
Datuk Seri Najib adalah satu-satunya perdana menteri yang berjaya mengikut jejak langkah ayahnya untuk menjawat jawatan no 1 negara... ( sebab ayah ko sebab kepimpinan dan karisma?)
memang beliau mempunyai pengalaman luas dalam politik tetapi tanpa ayah yang merupakan PM ke 2.. najib tidak akan mudah-mudah naik ke tahap ini? betul tak?
dan kalau diikutkan keadaan sekarang tak mustahil langkah ini pula akan diikuti oleh datuk seri hishamuddin Hussin on yang sekarang ini tengah selesa memegang jawatan naib presiden UMNO.. tak pun akan diikuti pula oleh anak Tun mahadir.. mukhriz..
saya tertarik semasa upacara mengangkat sumpah sebagai Pm baru nie... Beliau bersumpah dengan nama ALLaH memegang amanah dengan baik dan akan memerintah dengan penuh amanah.... sesungguhnya Pm ini adalah sesuatu amanah yang amat berat.... dan setiap amanah akan di hitung di akhirat kelak...
apa yang diharapkan agar PM baru dapat mentadbir negara dengan telus, bersih , baik, berjurus dan yang paling penting..... meletakkan Al Quran Dan As Sunnah di hadapan sekali..
( boleh percaya ke?) kita tunggu dan lihat je lah,..
sesungguhnya rakyatlah yang membayar gaji setiap pemimpin. dan pemimpin adalah kuli bagi rakyat untuk mengurus dan mentadbir negara dengan penuh keadilan dan ketelusan...
tanpa rakyat, maka tiada lah pemimpin....

apa-apa pun, kita harapkan adalah perubahan yang akan dilakukan..
kalau Masih tidak berubah...
insyallah PR 13 nanti rakyat akan melakukan perubahan...
"Rakyat mesti berani bersuara... berani BERUBAH!!!!!!"



Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi