Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Sunday, April 5, 2009

PM kita yang ke 6




alhamdulillah...

pada 5 april 2009 kita telah mendapat lagi seorang perdana menteri yang baru... Perdana Menteri Yang Ke 6

Datuk Seri Najib Tun razak... yang menggantikan Pak lah yang menyerahkan tugas kepada najib secara peralihan kuasa...
sekarang ini Pak Lah kita tersenyum simpul setelah dianugerahkan gelaran TUN
bersama dengan isteri tersayang tun JEans .. akhirnya dapat juga TUN.. selepas ini bolehlah Paklah berbulan madu setelah hari tu tak sempat.. semoga dikurniakan seorang anak yang comel.. ( cuma selepas ini apakah perasaan paklah semasa dewan parlimen bersidang... adakah paklah akan duduk sebagai ahli parlimen biasa ataupun bercuti terus.. sedangkan paklah masih lagi ahli parlimen kepala batas..??)
Datuk Seri Najib adalah satu-satunya perdana menteri yang berjaya mengikut jejak langkah ayahnya untuk menjawat jawatan no 1 negara... ( sebab ayah ko sebab kepimpinan dan karisma?)
memang beliau mempunyai pengalaman luas dalam politik tetapi tanpa ayah yang merupakan PM ke 2.. najib tidak akan mudah-mudah naik ke tahap ini? betul tak?
dan kalau diikutkan keadaan sekarang tak mustahil langkah ini pula akan diikuti oleh datuk seri hishamuddin Hussin on yang sekarang ini tengah selesa memegang jawatan naib presiden UMNO.. tak pun akan diikuti pula oleh anak Tun mahadir.. mukhriz..
saya tertarik semasa upacara mengangkat sumpah sebagai Pm baru nie... Beliau bersumpah dengan nama ALLaH memegang amanah dengan baik dan akan memerintah dengan penuh amanah.... sesungguhnya Pm ini adalah sesuatu amanah yang amat berat.... dan setiap amanah akan di hitung di akhirat kelak...
apa yang diharapkan agar PM baru dapat mentadbir negara dengan telus, bersih , baik, berjurus dan yang paling penting..... meletakkan Al Quran Dan As Sunnah di hadapan sekali..
( boleh percaya ke?) kita tunggu dan lihat je lah,..
sesungguhnya rakyatlah yang membayar gaji setiap pemimpin. dan pemimpin adalah kuli bagi rakyat untuk mengurus dan mentadbir negara dengan penuh keadilan dan ketelusan...
tanpa rakyat, maka tiada lah pemimpin....

apa-apa pun, kita harapkan adalah perubahan yang akan dilakukan..
kalau Masih tidak berubah...
insyallah PR 13 nanti rakyat akan melakukan perubahan...
"Rakyat mesti berani bersuara... berani BERUBAH!!!!!!"



No comments:

Post a Comment

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi