Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Sunday, April 12, 2009

Kabinet Malaysia 09- Ketua Pemuda Umno Terpinggir?




pada 8 april 2009 baru nie, najib telah mengumumkan kabinet yang baru dengan mottonya, satu malaysia, rakyat didahulukan, prestasi diutamakan dengan mengugurkan beberapa muka lama dan memasukkan separuh muka yang baru..
persoalannya mampukan kabinet ini benar-benar bersih dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah?
kenapa beberapa muka lama digugurkan? adakah diorang tidak bersih? ataupun prestasi tidak begitu memberangsangkan? adakah diaorang orang-orang Tun Paklah yang menggangu pentadbiran Najib? apa-apapun hanya Najib dan rakan-rakan yang mengetahui dan kita cuma boleh membuat andaian berdasarkan apa yang kita lihat dan fikirkan...
kalau ikutkan Motto najib, agak menarik la jugak... rakyat didahulukan? macammana tu? jangan hanya menabur janji untuk menyakin rakyat sahaja.. mestilah didahulukan dengan perbuatan.. jangan ia umpama slogan awal untuk kelihatan menarik sahaja.. ramai lagi rakyat yang kesusahan yang perlu dibantu. tanpa mengira agama, kaum ataupun politik. kita cuba lihat dalam masa terdekat apa yang beliau akan lakukan untuk rakyat.. semoga jangan cakap tidak serupa bikin.
apa yang saya tertarik dalam kabinet ini, ketua sayap penting UMNO iaitu ketua pemuda umno Khairy jamaluddin tidak mendapat tempat di dalam kabinet Najib. sedangkan sayap yang lain semuanya mendapat tempat..
Ketua Wanita- kembali menjadi Menteri
Ketua puteri- menjadi Timbalan Menteri.

Apakah kesalahan Khairy ataupun beliau dipinggirkan begitu?
PATTAYA 11 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak diberi jawatan dalam senarai Kabinet baru kerana memberi kerjasama kepada Khairy untuk menjalankan tugasnya.
Sebagai Ketua Sayap UMNO yang berpengaruh sudah tentu ini mencabar kewibawaan beliau...
tidak mendapat jawatan apa-apa sedangkan Tim Ketua Pemuda pula mendapat tempat, Datuk Razali di pilh menjadi timb. menteri Belia dan Sukan. adakah Khairy tidak layak untuk jawatan itu? yang begitu menyedihkan pencabar Khairy yang tewas , Datuk Mukhriz juga mendapat tempat sebagai Tim Menteri walaupun berada di kedudukan yang paling bawah semasa pemilihan baru ini.
RAWANG: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sedia menjadi gurkha Umno bagi memastikan parti berjaya mengembalikan keyakinan rakyat, terutama generasi muda terhadapnya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak berhenti daripada membuat spekulasi dan buruk sangka atas keputusan pucuk pimpinan negara tidak menyenaraikannya dalam barisan Jemaah Menteri yang baru.

“Saya tidak kecewa, jauh sekali berkecil hati dengan keputusan Perdana Menteri (tidak dilantik dalam Kabinet). Saya bersedia berkhidmat sebagai gurkha Umno sekalipun bagi memperkukuhkan dan menarik semula minat rakyat terhadap parti.
Adakah anda percaya Khairy tidak kecewa?Marah? Sedih? tipu... sebagai manusia biasa mana boleh tidak kecewa, mesti kecewa... tapi kalau kecewa pun , dah orang tak pilih nak buat guana? baik dia cuba ubat hati sendiri..
Apa-apa pun, diharapkan agar kabinet baru betul-betul dahulukan rakyat, dan jangan bebankan dan menyusahkan rakyat yang sudah sedia terbeban dengan kesan kejatuhan ekonomi sekarang nie..
ini adalah senarai menteri dan Tim menteri dalam kabinet 2009.

2 comments:

  1. Cikgu Yusa, Ketua Pemuda UMNO bukan Ketua UMNO :D

    ReplyDelete
  2. Usaha yang baik. keep it up. olahan perlu lebih detail & ilmiah. barulah akan jadi antara blog berating tinggi : )

    ~Abu Faqihah~

    ReplyDelete

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi