
Isu yang paling hangat sekarang ini ialah berkenaan dengan muktamar Pas yang akan berlangsung tidak lama lagi.. isu pasal pemilihan saf pimpinan PAS yang baru yang akan membawa halatuju perjuangan PAS dimasa hadapan.
Masing masing mengemukan pendapat dengan cadangan saf kepimpinan masing masing. ada yang inginkan perubahan dengan golongon muda mengambl alih, ader yang tidak berkenan dengan ketegasan presiden dan bermacam-macam lagi. ader yang terpengaruh dengan perubahan pucuk pimpinan yang baru barian nasional dengan mengharapkan agar Presiden Pas juga mengalami perubahan untuk bersaing dengan Najib Tun Razak
apa yang perlu diingatkan ialah.. Parti Pas tidak sama dengan parti lain, tidak sama ngan UMNO, Keadilan dan lain-lain. . Pas memang parti yang mengamalkan demokrasi, tiada sistem kouta, semua boleh memilih tetapi perlu diingat, Perjuangan PAS adalah untuk mendaulatkan Islam, jadi pilihlah pemimpin yang terbaik. PAS juga ada majlis syura yang berkuasa untuk mengawal agar matlamat perjuangan sentisa tidak lari dari prinsip yang asal.
antara yang terhangat yang dibincangkan sekarang ini ialah untuk pemilihan jawatan utama parti PAS. Presiden, timbalan Presiden dan naib presiden. tidak dinafikan semua calon yang diketengahkan adalah layak dan boleh buat kerja. tapi yang susahnya hendak mencari yang benar-benar layak adalah susah..
setiap bahagian semolek-moleknya membuat solat istikarah sebelum pengundian semoga diberikan pertunjuk oleh ALLaH S.W.T.
dalam perkembangan sekarang, ramai yang mencadangkan Tuan guru Nik Aziz untuk bertanding jawatan Presiden mencabar Tuan Guru Hj Abd Hadi. Ini berikutan sedikit perselisihan pendapat antara TGNA dan TGAH baru-baru ini yang mencerminkan ketegasan TGNA dalam perkara tersebut. sebenarnya, ramai yang lupa, walaupun TGNA bukan Presiden, tapi beliau merupakan Mursidul AM, yang mana jawatan beliau diatas dari presiden. beliau berkuasa untuk menasihat dan menjadi tempat rujukan didalam PAS. jadi tidak timbul soal untuk tuan guru untuk bertanding jawatan Presiden. lagipun kesihatan beliau sekarang agak tidak mengizinkan untuk terus dengan bebanan yang berat tetapi beliau masih diperlukan untuk terus menjadi mursidul AM yang bertanggungjawab sebagai penasihat Parti PAS supaya tidak lari dari perjuangan yang utama.
jadi, untuk pemilihan yang akan datang ini, diharapkan perwakilan boleh membuat pilhan yang bijak, tidak salah untuk perubahan dengan memilh pimpinan baru dan yang profesional tetapi sebaik-baiknya biarlah pimpinan yang tertinggi adalah seorang ulamak. setidak-tidaknya jika ada yang terhanyut atau tersasar, ketua boleh membawa kembali ke matlamat yang asal..
pimpinan yang baru, yang muda adalah perlu tetapi orang lama lebih perlu..tanpa yang lama tidak akan ada yang baru. yang penting matlamat dan perjuangan tetap diteruskan. jangan kita sibuk menawarkan diri untuk bertanding jawatan, tetapi apabila kita terpilih, kita mesti memikul amanah dengan sebaik-baiknya, sesungguhnya Amanah ini amat berat.
Sesungguhnya Pertandingan, komen, teguran itu adalah sesuatu yang sihat tetapi jangan biarkan pihak-pihak lain mencari sedikit kelemahan yang tertonjol untuk menghentam PAS. jadi pilihlah dengan bijak. yang penting PAS tunjukkan perbezaan parti PAS dengan parti yang lain dan menjadi contoh parti yang mengamalkan demokrasi yang terbaik.
berikut antara calon-calon famous untuk pemilihan pemimpin PAS.
'Pertembungan' pendapat antara 2 TG ni wujud disebabkan kerja jahat tangan-tangan orang yang jahat.
ReplyDeleteSedia maklum dengan kesihatan TGNA menyebabkan beliau tidak dapat menghadiri mesyuarat. maka TGNA tidak dapat maklumat secara langsung dari mesyuarat. sebelum majlis mesyuarat bagi penjelasan kepada TGNA, sudah ada tangan-tangan jahat yang membawa maklumat yang dimanipulasi menyebabkan TGNA memberikan pandangan yang menentang pendapat TGHH.
Itulah hakikatnya.
~Abu Faqihah~
teruskan usaha...
ReplyDelete