Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Thursday, April 9, 2009

Keputusan Pilihan raya- Seorang dapat satu




PILIHANRAYA 7 april 2009
Keputusan Pilihan Raya Kecil
Bukit Gantang:
Dato’ Seri IR.Nizar Jamaluddin - 21,860
Ismail Saffian - 19,071

PAS menang dengan Majoriti 2,789

Bukit Selambau:
S.Manikumar (PKR) - 12,632
S.Ganesan (BN) - 10,229

PKR menang dengan 2,148
Batang Air:
Malcom Mussen Lamoh (BN) - 3,907
Jawah Gerang  (PKR) - 2,o53

BN menang dengan majoriti 1,854

Debaran menunggu keputusan di dua Bukit dan satu Batang sudah terjawab. Pakatan Rakyat masih bertahan di atas Bukit Bukit mereka dan BN pula masih teguh memegang satu satunya batang mereka di Sarawak.
Keputusan ini menampakkan Pakatan Rakyat sebagai jaguh di kawasan Bukit dan BN pula sebagai jaguh di sekitar Batang. Jika ada pertandingan di Bukit Berapit sudah tentu Pakatan akan menang, tetapi pasti kalah di Batang Berjuntai.
Keputusan pilihanraya semalam menyaksikan PAKATAN RAKYAT memenagi 2 kerusi berbanding dengan BN.. walaupun kemenangan boleh satu seorang tetapi dari segi moralnya melihatkan sokongan yang masih untuh rakyat kepada pakatan Rakyat..
Daripada analisis penganalisa bebas yang bersembang di astro Awani mengatakan banyak kelebihan yang dipunyai oleh Pakatan rakyat menyebabkan kemenangan yang meningkatnya sokongan majority rakyat kepada mereka disamping kelemahan-kelemahan UMNO yang masih ketara walaupun baru berlakunya peralihan kuasa .
Walaupun PM baru menjanjikan Pelbagai perubahan , itu masih tidak cukup untuk menyakinkan rakyat.. parti bebas pula kena menerima hakikat kemasukkan anda bertanding tidak dapat mengubah apa-apa dan sekadar buat sibuk je.. sampaikan ada yang tidak dapat undi ape-aper… hilang sahaja wang pertaruhan. Baik derma kepada masjid yang menjaminkan pulangan yang lumayan diakhirat kelak..

Walaubagaimanapun polihan raya telah berakhir dan terpulang kepada pengundi masing-masing untuk melihat keupayaan wakil yang dipilih.. kesilapan anda memilih menyebabkan 4 tahun lagi untuk perubahan.Syabas kepada pemenang-pemenang dan  Semoga wakil yang dipilih dapat menjalankan tugas dengann penuh amanah, jujus dan ikhlas..



(KIRI) MALCOM Mussen Lamoh (kanan) bersama Timbalan Presiden PBB, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg (kiri) dan Presiden PRS, Datuk Seri James Masing (tengah) bersama penyokong meraikan kemenangan BN di Kompleks Sukan Lubok Antu malam tadi. – UTUSAN/ZULAZHAR SHEBLEE
(KANAN) Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (tengah) bersama Timbalan Presiden Pas, Nassaruddin Mat Isa mengangkat tangan setelah memenangi Pilihan Raya Parlimen Bukti Gantang di Dewan Perbandaran Taiping, malam tadi. – UTUSAN/Ahmad Zakki Jilan

No comments:

Post a Comment

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi