
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penggantungan dua akhbar rasmi pembangkang.. iaitu HaraKAH dan SUARA KEadilaN..
pergantungan ini melihatkan seakan-akan matinya kebebasan media,
lebih-lebih lagi dekat-dekat dengan pilihanraya yang akan berlangsung pada 7 hd 4 2009 ini.
pihak kerajaan seperti takut untuk berdepan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh media PR ini sedangkan pihak kerajaan mempunyai berbagai-bagai media untuk menangkis cerita yang disiarkan oleh lidah PR itu.
kalaupun tuduhan itu merupakan fitnah, pihak yang bertanggung jawab boleh mengambil tindakan saman akhbar itu...
Didalam ke kekalutan dan kebisingan bantahan yang dilakukan..
akhirnya perdana menteri yang baru Datuk Seri najib akhirnya dalam ucapan sulungnya menarik semula penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan.
keputusan itu disambut baik oleh Pakatan Rakyat dan Dato'Anwar Ibrahim. Katanya, tindakan menarik balik larangan penerbitan dua akhbar berkenaan adalah satu perkembangan yang baik dan berharap ia bukan untuk tempoh tertentu sahaja.
"Saya sambut baik keputusan itu tetapi ia tidak boleh jadi bahan mainan orang politik untuk kepentingan semasa. Kita harus betulkan undang-undang yang mencengkam kebebasan. Dua hari sudah, Suara Keadilan dan Harakah dianggap tidak wajar tetapi hari ini boleh, nanti bulan depan tekan lagi," katanya selepas menghadiri dialog bersama badan bukan kerajaan di sini hari ini

apapun diharapkan kebebasan dan demokrasi di negara kita yang tersayang ini akan semakin baik.. apa-apa pun marilah kita berfikir menggunakan hati kita dan bukanya menggunakan akal semata-mata ataupun menggunakan nafsu kita...
semoga kita mendapat keberkatan daripada ALLAH sentiasa.
No comments:
Post a Comment