Selamat Datang Ke yusayusuf.BLOGspot.com

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim)

my famili

Tuesday, April 7, 2009

Mari mengundi!!




Hari ini 7 april 2009 merupakan hari mengundi bagi 3 pilihanraya yang diadakan serentak di 3 buah negeri,
Bukit gantang
Bukit selambau
Batang ai
pilihanraya ini masing-masing merupakan perkara yang penting bagi 3 parti besar yang bertanding...
masing-masing ingin membuktikan mereka menjadi pilihan Rakyat..
Barisan Nasional yang bertukar teraju utama mereka mahu kemenangan ini menjadi kemenangan pertama untuk permulaan yang baik Datuk Seri Najib sebagai presiden Umno.pilihan raya ini merupakan langkah permulaan beliau untuk misi yang seterusnya..
Bagi PAS , Pilihan raya  ini penting untuk menunjukkan sokongan padu rakyat kepada PAS/PR ataupun lebih Khususnya kepada Datuk Seri Nidzaryang  merupakan Menteri Besar Perak. Kemenangan menunjukkan Rakyat masih menaruh kepercayaan kepada beliau...
kemenangan pas juga menunjukkan rakyat tetap menolak pinpinan baru UMNO diBawah Datuk Najib..
bagi PKR pula kemenangan ini memberikan kekuatan dan mengukuhkan lagi PR kerana sokongan rakyat dan menafikan perpecahan dan konflik di dalam PKR ataupun Pakatan Rakyat sendiri. ini boleh menunjukkan adu2 yang melopat parti itu tidak menjejaskan PKR itu sendiri..
bagi calon bebas saya tidak nampak apakah kepentingan mereka melainkan sekadar mencuba nasib dengan tidak mengukur baju dibadan sendiri..
saya rasakan usaha mereka sia-sia sahaja dan mengabiskan boreh jo...
baik guna duit itu untuk tujuan yang lain yang lebih berfaedah..
kalau satu lawan satu tu insyallah... ini calon bebas sahaja pun dekat 13 orang..
apao -apo pun kita hanya merancang.. sebaik-baik perancangan hanya ALLAH SWT..
waktu pilihan raya macam Pakcik  suka tengok poster-poster yang digantung dengan pelbagai jenis dan berbagai kreativiti... pilhlah pemimpin yang terbaik dan yang penting boleh mendekatkan diri kita kepada pencipta.. ALLAH SWT. memilih pemimpin yang baik adalah kewajipan kepada kita semua. selamat mengundi kepada Rakyat di 2 bukit dan satu Batang..
berfakirlah dengan akal dan hati dan jangan berfikir dengan Nafsu..

selamat mengundi!!

No comments:

Post a Comment

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Ketiga

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hadis Keempat

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Terima Kasih....

Datang lagi