Selepas satu, kini menjelma satu lagi masalah yang melanda PKR. sekarang nie kita akan menghadapi satu lagi pilihan raya iaitu Dun penati setelah Bekas Tim menteri 1 fairuz khairuddin meletakkan jawatannya sebagai adu penati.. dan jawatan Tim Menteri 1 sebelum itu.. oleh itu sekali lagi kita akan menghadapi satu lagi PR kecil. ini merupakan pR yang ke 5 dalam penggal ini...
kita lihat bermula dengan KOnflik yang berlaku di perak dengan 2 orang adun membebaskan diri mereka dengan menyokong barisan Nasional sehingga menumbangkan kerajaan PR Perak, diikuti dengan kes Arumugam di Kedah dan yang terbaru di Pulau pinang walaupun sudah lama bergoncang...
walaupun ada kes yang telah selesai.. seperti mendapat mandat balik di bukit Selambau, Boss PKR dato seri Anwar Ibrahim mestilah duduk semeja mencari penyelesaian permasalahan tersebut.. semua parti mempunyai masalah dalaman, tetapi jangan sampai permasalhan dalaman PKR di dedah keluar sehinggakan memberiakan kesan yang besar kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Sepatutnya masalah dlaman di selesaikan dengan bermesyuarat dan berbincang peringkat dalaman parti. parti bagaikan suatu keluarga, jangan dedah keluarkan masalah peribadi kat orang luar, duduk berbincang dan cuba selesaikan dengan apa cara pun...
sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula parti yang berbilang kaum dan perangai manusia..
Dengan kemenangan yang agak tipis, kes lompat parti merupakan satu kes yang besar sehingga boleh menukar kerajaan.. setiap Pemimpin mestilah di tarbiah dengan kemas dan kukuh supaya perjuangan selama ini tidak berkubur di tengah jalan.
Cuba-cuba lah, dato Anwar merendahkan diri, jumpa pemimpin-pemimpin , duduk berbincang bagaiman nak perkuatkan tarbiah pemimpin parti supaya betul -betul memahami perjuangan sebenar parti. jangan hanya perjuangan untuk kekuasaan, kebendaan dan kesenangan.
Setiap pemimpin adalah memegang amanah yang amat berat, setiap amanah akan di soal di akhirat nanti..
kalau kita lihat kerajaan PAS kelantan 2004, dengan hanya majoriti yang begitu nipis 1 kerusi sahaja yang membezakan dengan pembangkang, tetap boleh bertahan sehingga akhir PR12 dan akhirnya alhamdulillah boleh menguasai semula Kelantan. denagn majoriti 1 kerusi dan kelebihan undi cuma 2 undi sahaja di dun macammana UMnO tidak dapat merampas kembali kelantan dan mempengaruhi ADU-adun PAS. adakah tiada tawaran daripada BN? Ini adalah kerana tarbiah dari pemimpin PAS yang begitu baik kepada setiap pemimpin. setiap pemimpin PAS bukan sibuk untuk menjadi calon tetapi dipilih untuk memikul amanah menjadi calon.tanpa kekuatan dalaman, menjadikan calon PAS merupakan beban yang begitu berat yang terpaksa ditanggung. pemimpin yang baik ialah pemimpin yang berjuang bukan kerana kuasa, jawatan ataupun kesenangan tetapi kerana ALLAH yang maha pencipta untuk menjayakan perjuangan parti..
ini kebanyakkan pemimpin PKR masih belum betul-betul menghaayati Prinsip perjuangan sebenar parti. ada sesetengah masih membawa budaya dalam UMNO dahulu. dan perjuangan adalah tidak begitu ikhlas dengan ader yang berebut jawatan dan sanggup menikam kawan dari belakang. diharapkan semaunya mengambil pengajaran sementara rakyat masih lagi memberi peluang..
diharapkan PR masing masing mengukuhkan dahulu tarbiah ahli parti masing-masing untuk menjadi Pakatan yang untuh dan tidak rapuh untuk ditumbangkan.
antara artikal berkenaan PKR
bagi ana, PKR dan PAS ada perbezaan yang besar juga. Org masuk PAS lebih jelas matlamatnya untuk mendapat mardhatillah, tetapi org PKR tak semua begitu, mereka mungkin masuk sebab tak puas hati dgn UMNO dan PKR nampak universal skit.dalam otak PKR yang pertamanya..TUMBANGKAN UMNO/BN. Perjuangan ISLAM tu,mungkinlah pada tangga ke2 dll. sebab itu jadi macam tu.lompat sana-lompat sini. apapun..kalu nak harap semua orng dapat faham mcm PAS nak.payah la nak dapat kuasa. disinilah kita guna "taqhaluf siasi" kaedah "memang-menang".
ReplyDelete