Penyokong RED WORRIORS MENGAMUK…
|
PENYOKONG Kelantan bertindak liar dengan menterbalikkan trak polis sebelum membakarnya kerana tidak berpuas hati dengan kekalahan 1-0 pasukan mereka kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu. Malah, 10 buah kereta lain turut menjadi mangsa samseng bola sepak ini hingga memaksa pihak polis melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan kekecohan. – UTUSAN/ROSNI MASRI
|
|
Semalam saya lihat berita tv3.. saya tertengok satu berita..
Satu isu yang boleh dianggap besar dan memalukan.. penyokong pasukan bolasepak kelantan mengamuk. Trak polis dibakar, cermin kenderaan awam dipecahkan, botol minuman dan mercun dibaling ke dalam padang .. begitu ganah, bodoh dan kurang cerdik .. sebabnya.. KALAH BOLA DENGAN NEGERI SEMBILAN.
Berita ini amat memalukan diri saya sebagai orang kelantan… negeri Serambi Mekah dan ditadbir oleh tok guru tetapi rakyatnya macam orang kurang cerdik… walaupunhanya segelintir yang bersikap demikian.. ini menyebabkan semua rakyat kelantan terpalit dengan gelaran suka bergocoh ataupun kedebe.
“ seekor kerbau membawa Lumpur, semuanya terpalit.sudah Lama dah saya tak mendengar tentang keganasan macam nie..
Kalau buat Demonstrasi kerana ada orang menghina islam, ataupun orag mencerca agama, bangsa ataupun menindas umat islam. Takpo laa.. ini kerana kalah main bola 1-0. begitu cetek pemikiran.. macam budak sekolah rendah. tapi Kalau perkara sensitivity umat islam pakat senyap sepi pulak.. tak berani nak mengamuk..
Alahai dunia semakin terbalik
Dalam wawancara tv3 dengan tok guru semalam, beliau melahirkan kekecewaan yang amat sangat dan memohon agar peristiwa itu yang terakhir buat negeri Kelantan. Pengurusan KAFA pula, buat laa pemilihan pemain betul-betul, yang panas baran tu tak payah la ambil biar dia jaga lembu jo. Buat menyusahkan jer..
Beliau berkata, Kelantan terkenal dengan gelaran-gelaran yang 'baik-baik' termasuk 'bumi tadahan wahyu' - namun kejadian semalam memberikan gambaran sebaliknya.
''Saya sangat dukacita dengan apa yang berlaku dan mudah-mudahan ia tidak lagi berulang dan biarlah ini yang terakhir," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Apa-apa pun penyokong Red Warrior jangan mudah melatah.. kebodohan segelintir anda akan memberikan padah kepada pasukan kita.. lihat sekarang ini pasukan sudah tidak boleh bermain di Kelantan dan akan dikenakan tindakan tartatertib..
Semoga ini menjadi yang terakhir yang berlaku di kelantan. Kan orang kelantan terkenal dengan sikap, sopan santun, berjurus dan berpengetahuan dalam agama. “ sabar itu kan sebahagian dari Iman”
Buang yang keruh , ambil yang jenih.. jangan ikutkan Nafsu yang bergelora… insaflah
haramkan jer main bola ni senang.
ReplyDeletemain pun tak pandai, dah la duduk tangga 168 dalam bolasepak dunia. buet malu je!! negara miskin2 pun diatas kita, kita yang padang bola cun melecun ni..hampeh!! nak gocoh ada.